Pemandu Maserati warga Singapura mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret, di sini, hari ini, atas pertuduhan menyebabkan kematian pengguna jalan raya di Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia-Singapura (Linkedua) pada minggu lalu.

Tertuduh, Muhammad Irshad Abdul Hameed, 27, yang juga seorang penjawat awam di republik berkenaan membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nur Fatin Mohamad Farid, petik Harian Metro.

Baca Juga:

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh memandu Maserati di jalan raya dengan cara berbahaya kepada pengguna jalan raya lain sehingga menyebabkan kematian A Vasanthraj, 32.

Penjawat Awam Singapura Mengaku Tak Bersalah Pandu Maserati Berbahaya

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu pada jam 6.40 petang di Kilometer 0.6 Lebuhraya Linkedua, di sini, pada 9 Mei lalu.

Memetik laporan itu lagi, tertuduh boleh hilang kelayakan memegang atau mendapatkan lesen memandu tempoh tidak kurang lima tahun dari tarikh sabitan selain lesen memandu diendors oleh mahkamah.

Pemandu Maserati Singapura tiada rekod jenayah, tiada risiko larikan diri
Pemandu Maserati Singapura Buat 'U-Turn' Haram, Penunggang Motosikal Malaysia Maut
Sumber Gambar: Facebook Low Micheal

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Amirah Tasnim Saleh manakala tertuduh diwakili peguam Baharudin Baharim dan Zarina Ismail Tom.

Pihak pendakwaan mencadangkan kepada mahkamah satu jaminan yang tinggi berjumlah RM20,000 dengan dua penjamin warga tempatan, serta syarat tambahan di mana tertuduh perlu melapor diri ke balai polis berhampiran sebulan sekali dan menyerahkan pasport kepada mahkamah.

Pada masa sama peguam memohon jaminan munasabah terhadap anak guamnya yang mempunyai tanggungan ibu tunggal penghidap kanser serta adiknya yang masih belajar.

Baharudin turut memohon pengecualian pasport tidak diserahkan kepada mahkamah kerana tertuduh memerlukan pasport untuk menjalankan kerja seperti biasa sebagai penjawat awam di republik itu.

Sementara itu, Zarina menambah bahawa anak guamnya juga tidak mempunyai rekod jenayah dan tidak mempunyai risiko untuk melarikan diri, serta bersedia memberi kerjasama dengan melapor diri ke balai polis di Johor setiap bulan.

Penjawat Awam Singapura Mengaku Tak Bersalah Pandu Maserati Berbahaya

Sehubungan itu, Timbalan Pendakwa Raya bagaimanapun berkata, sekiranya mahkamah membenarkan tertuduh tidak menyerahkan pasport kepada mahkamah, beliau memohon jaminan yang tinggi dikenakan.

Mahkamah kemudian menetapkan penjawat awam Singapura itu diikat jamin sebanyak RM12,000 dengan dua penjamin warga tempatan.

Selain perlu melapor diri ke balai polis berhampiran sebulan sekali dan lesen memandunya digantung.

Mahkamah juga menetapkan 10 Jun depan sebagai sebutan semula dan untuk serahan dokumen.

Sumber