Nampaknya Samsung boleh manarik nafas lega setelah smartphone flagship terbaru keluaran mereka berjaya mendapat sambutan yang sangat memberangsangkan meskipun baru 48 jam selepas pra-tempahan.

Samsung Galaxy S8 yang dipilih sebagai model untuk mengembalikan nama jenama ini tercalar pada tahun lepas serta mengikuti jejak langkah penjualan tinggi Samsung Galaxy S7 Edge ini berjaya mengutip lebih 550,000 pra-tempahan di Korea sahaja.

Dengan Hanya Sedikit Perubahan, Samsung Galaxy S8 Sudah Berjaya Tandingi Penjualan S7 Edge

Dengan Hanya Sedikit Perubahan, Samsung Galaxy S8 Sudah Berjaya Tandingi Penjualan S7 Edge

Dilaporkan jumlah tempahan tinggi yang diterima ini merupakan penjualan tertinggi Samsung sepanjang pra tempahan dibuat menandingi S7 Edge dengan 5.5 kali ganda.

Dari segi spesifikasi, mungkin tidak banyak bezanya untuk kedua-dua smartphone ini selain daripada penggunaan prosessor terbaru Snapdragon 835. Dalam pada itu, penyediaan skrin beresolusi tinggi, lengkung dan bezel less berjaya membuatkan smartphone ini tampil unik sekaligus dipilih sebagai smartphone dengan skrin tercantik pada ketika ini.

Dengan Hanya Sedikit Perubahan, Samsung Galaxy S8 Sudah Berjaya Tandingi Penjualan S7 Edge

Buat anda yang berminat untuk mendapatkan Samsung Galaxy S8 dan Samsung Galaxy S8 Plus anda boleh membuat pra tempahan di laman rasmi Samsung Malaysia bermula 11 April 2017 sehingga 13 April 2017 ini ataupun dapatkan secara online di sini. Pelbagai free gift ditawarkan buat pembeli terawal.

Sumber