Harga telur ayam turun mendadak pada ketika ini di Malaysia. Dan ianya memberikan kesan tersendiri kepada golongan penternak.
Faktor harga telur ayam turun mendadak adalah kerana beberapa perkara yang berlaku.
Lambakan telur ayam
Lambakan telur ayam semua gred sejak ramadan lalu telah membuatkan harga barangan tersebut turun mendadak.
Perkara itu disahkan sendiri oleh Timbalan Presiden Persekutuan Persatuan-Persatuan Penternak Malaysia (FLFAM), Lee Yoon Yeau berkata.

Dan situasi yang sama juga berlaku pada ramadan tahun lalu. Cuma kali ini penurunan harga telur ayam dianggap sangat luar biasa kerana peningkatan pengeluaran telur ayam sebanyak 20% berbanding tahun lalu.
Ini bermakna, 33 juta telur ayam dihasilkan setiap hari di Malaysia pada ketika ini.
Dipetik dari sumber BH Online, Lee turut mendedahkan bahawa sebelum ini Malaysia mengeksport telur ayam pada skala besar ke Hong Kong. Tetapi tahun ini Hong Kong memutuskan untuk membeli dari China yang menawarkan harga lebih rendah.

Semua faktor ini membawa kepada kesa harga pasaran telur ayam di Malaysia berada di paras sangat rendah.
Lambakan telur ayam ini telah jauh melebihi permintaan oleh pengguna di pasaran.
Lee berkata: “Oleh kerana berlaku lambakan telur ayam, maka kita ambil keputusan untuk turunkan harga telur setiap gred sehinggakan sebiji telur gred D hanya pada harga 16 sen, lebih rendah berbanding harga kos 38 sen.”
Harga telur ayam terus rendah
Lee Yoon Yeau akui golongan penternak sememangnya terjejas, namun ketika ini tiada pilihan lain selain daripada menurunkan harga telur ayam. Ini kerana lambakan telur ayam semua gred di pasaran. Seterusnya telur ayam adalah barang runcit yang tidak boleh disimpan lama.
Beliau pada masa yang sama meramalkan bahawa harga telur ayam akan terus berada di paras yang rendah dalam masa sebulan akan datang sebelum harga tersebut menaik semula.