Setiap kali kemalangan kecil berlaku, pasti berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pemilik kenderaan.
Bagaimanapun dalam satu insiden kemalangan berlaku, perkara sebaliknya berlaku apabila penunggang motosikal dan pemandu BMW cuma ‘setel’ urusan kemalangan melalui tingkap kereta sahaja.
Baca Juga:
- Netizen Puas Hati Tengok Pekerja Shell Gagalkan Cubaan BMW Milik Warga Singapura Isi RON95
- Ketua Polis Negara Dedah Ada Golongan Belia Miliki Mustang, BMW Tanpa Sumber Pendapatan Jelas
- Elak Ditarik Bank, Suami ‘Kantoi’ Pasang Nombor Plat BMW Isteri Pada MPV Mewah
Dalam video pendek dikongsikan TikTok @nrl.mira_, ketika pengguna jalan raya beratur panjang untuk masuk ke susur kanan perlahan-lahan, tiba-tiba ada sebuah motosikal terlanggar bahaigan belakang BMW.
@nrl.mira_
Daripada video berkenaan, kereta tersebut tidak nampak mengalami sebarang kerosakan.
Penunggang motosikal segera pergi ke bahagian tingkap penumpang hadapan dan berbincang dengan pemandu BMW itu.
Mungkin pemandu BMW merasakan kemalangan itu kecil sahaja, motosikal itu berlalu pergi meneruskan perjalanannya.
Warganet menyatakan video pendek itu satu contoh yang baik buat pengguna jalan raya lain.
“Bagusnya, saya doakan juga abang motor dan pemandu BMW itu sentiasa dirahmati oleh Allah.
“Abang Motor yang beradab, jumpa orang kaya baik hati.
“Terbaik memaafkan orang, kes ringan saja.
“Saya yakin dua-dua hamba ini baik orangnya. Maka Allah mudahkan,” kata netizen.