Satu rakaman video dashcam mencuri perhatian ramai apabila seorang penunggang motosikal tidak memakai topi keledar telah ditegur oleh anggota polis yang kebetulan melalui di hadapannya.
Pada awal video tersebut, beberapa orang rider penghantar makanan termasuk penunggang motosikal terbabit sedang menunggu lampu isyarat merah.
Walaupun dia mengetahui dirinya berbuat salah (tidak memakai topi keledar), namun dia tetap ‘berani’ untuk duduk paling hadapan sekali di persimpangan jalan raya tersebut.
šTebrau,Johor Bahru
Ingatkan kepala batu bila land rover block terus…. hmmm lemahhhh pic.twitter.com/rQUlQHL1RI
— Jabatan Netizen Malaysia š²š¾ (@jnmalaysia) August 21, 2022
Tidak lama kemudian, sebuah ‘Pajero Polis’ berhenti di hadapannya dan penunggang motosikal itu segera memakai topi keledar sejurus anggota polis di dalam pajero itu menegurnya.
Rakaman video yang tular itu membuat orang ramai berasa geli hati dengan tindakannya yang ‘berani tidak kena tempat’ itu memakan diri sendiri.
Pada masa sama, netizen berasa kurang senang apabila melihat penunggang motosikal itu menjelirkan lidahnya selepas ‘Pajero Polis’ beredar setelah menegur kesalahannya.
Ha cuak š https://t.co/muFvkQnxtT
— En Amir āļø (@EnAmir3) August 21, 2022



Nyata orang ramai, pihak berkuasa boleh sahaja terus menyaman penunggang motosikal itu kerana dia terbukti melakukan kesalahan yang boleh membahayakan dirinya serta orang lain.
Baca lagi artikel-artikel yang menjadi pilihan pembaca The Vocket pada sepanjang minggu ini melalui pautan di bawah.
Pemilik JDM Dapat Jutaan Ringgit Selepas Mat Saleh Beli GT-R R34 Miliknya
Dakwa āPromosikanā Dadah, Penyanyi Lagu Tular Sikok Bagi Duo Ditahan Pihak Narkotik
Pentas Kecil Dan Terlalu Jauh, Penonton Luah Rasa Kecewa Dengan Penganjur Konsert Billie Eilish