Boleh dikatakan semua orang bakal meluangkan masa di hadapan telefon berjam-jam lamanya di dalam seharian. Secara tidak langsung, kita akan scrolling tanpa henti untuk melihat sajian konten yang terkini.

Satu kajian berkaitan tabiat menatal atau bahasa mudahnya scrolling apabila melayari platform media sosial telah dijalankan oleh sekumpulan penyelidik dari Universiti Teknikal Yildiz, Instanbul Turki.

Baca Juga:

Sumber Gambar: FEPBlue.org

Dapatan daripada kajian itu penyelidik mendedahkan scrolling dalam tempoh masa yang lama boleh memberi kesan terhadap otak berserta psikologi seseorang individu.

Diistilahkan sebagai doomscrolling, tabiat itu boleh meningkatkan keresahan dan tekanan pada individu serta meningkatkan risiko atau memburukkan kemurungan.

Malah, anda bakal mengalami masalah gangguan tidur, produktiviti dan kreativiti menurun di samping memberi kesan negatif kepada tubuh badan.

Secara dasarnya, terlalu banyak implikasi yang didapati daripada tabiat doomscrolling termasuklah kepada mental dan tubuh badan. Bukan sahaja masa terbuang, kita juga menjadi malas untuk melakukan perkara yang lebih penting apabila terus menatal kandungan di media sosial.

Oleh itu, kita diingatkan untuk mengekalkan kesimbangan terhadap penggunaan media sosial dan menetapkan had waktu penggunaan media sosial di dalam seharian. Dengan ini, anda boleh hidup dengan lebih sihat dari segi mental dan fizikal.