Hari ini berlangsunglah hari pertama acara Langkawi International Maritime and Aerospace Exhibition 2025 (LIMA’25) di Pulau Langkawi.
Antara bisnes yang menjadi tumpuan pada ketika ini adalah kereta sewa.
Baca Juga:
- Pulau Persendirian Di Langkawi Ini Dijual Dengan Harga RM8 Juta – ‘Tapi Boleh Nego Bro!’
- Ahli Parlimen Cadang Wujudkan ‘Pulau Anjing’ Di Langkawi, Boleh Jadi Tarikan Pelancong
- 200 Pelarian Rohingya Mendarat Di Langkawi Awal Pagi Tadi
Ramai orang luar dari Pulau Langkawi menyewa kereta untuk memudahkan urusan sepanjang berada di situ.
Bagaimanapun ada pengusaha kereta sewa mendapati terdapat penyewa yang menyalahgunakan kereta mereka menjadikannya sebagai ‘platform’ dengan berdiri di atas bumbung kereta tersebut.

Mereka berbuat sedemikian dipercayai untuk mendapatkan gambar cantik pesawat-pesawat yang melakukan aksi di ruang udara.
“Hai, mohon tolong jaga kereta sewa ini elok-elok macam kereta sendiri ya. Jangan panjat atau berdiri di atas kereta, sayang cat dan bumbung dia.
“Gunakan dengan cermat. Kalau ada apa-apa masalah atau apa-apa jadi, terus hubungi kami. Terima kasih sebab pilih kereta sewa kami.
“Semoga perjalanan anda seronok dan selamat ke destinasi,” pesan pengusaha kereta sewa.
Ramai warganet tumpang simpati dengan apa yang berlaku ke atas pengusaha kereta sewa itu.
Netizen turut meminta pengusaha meminta ganti rugi kepada penyewa sekiranya ada kerosakan berlaku ke atas kereta disewa mereka.