Menjadi tanggungjawab buat penyewa untuk menjaga harta benda yang tersedia di dalam kediaman kerana hak milik orang lain.
Namun, tular di media sosial baru-baru ini di mana si penyewa membuat sesuatu di luar fikiran kita apabila sanggup menjual perabut rumah demi mengikut citarasanya.
Seorang pemilik rumah berkongsi kisah sedih ini di platform TikTok yang mana memperlihatkan set meja yang dahulunya digunakan dan menceritakan tindakan individu yang menyewa telah menyusahkan dirinya.
“Bagi sewa pada orang tau-tau, dia pi jual dining set kita. Kemudian, tukar dengan makan diorang beli sendiri. Dengan alasan nak rumah minimalis,” kongsinya.
Difahamkan susulan tindakan tersebut, dia terpaksa membatalkan hasratnya untuk menggantikan kerusi lamanya tetapi kini sudah jadi lain pula seperti yang dirancang.

Dalam pada itu, dia bertegas mahu menolak cas deposit sebanyak RM700. Yang lebih mengeruhkan keadaan lagi, si penyewa mendakwa telah menjual set meja makannya di bawah harga pasaran iaitu RM1,000 tetapi yang dimabil cuma RM300 sahaja.
“Sekarang dia minta diskaun RM500 dan saya cakap tidak,” kongsi wanita tersebut.
Dia menyatakan ini bukanlah masalah wang tetapi lebih kepada isu integriti menjaga barangan hak milik orang lain dan juga jangan sebarangan menjual barang rumah sewa sesuka hati.
Perkongsian wanita itu langsung meraih perhatian ramai dan rata-ratanya netizen membidas tindakan penyewa yang selamba mengubah atau menjual dekorasi kediaman tanpa minta keizinan pemilik mutlak.
“eee kenapa tak malu tu. saya dulu menyewa, keluar elok2. bersih rumah. siap tolong carikan penyewa baru,” ujar seorang netizen.
“Mana boleh macam tu! Kalau awak kata awak punya, maknanya awak punya lah. Bukan pasal duit ke apa, memang hak awak. Kenapa dia suka-suka jual harta orang macam tu?,” komen seorang netizen.
“Bila kita menyewa , everything update je dgn tuan rumah . dapatkan persetujuan dulu , bukan memandai mandai . kau yg nak minimalist , blom tentu tuan rumah pon nak . Jika ada barang rosak pon, update je,” nasihat seorang netizen.
Sementara itu, sebahagian netizen yang juga merupakan pemilik rumah sewa meluahkan kerisauan jika kalau perkara ini bakal terjadi pada mereka di masa kelak.