Penyokong Indonesia nyata sukar untuk menerima kekalahan pasukan mereka kepada Australia dalam aksi kelayakan Piala Dunia 2026 di Stadium Allianz baru-baru ini.
Skuad Garuda diberikan jangkaan tinggi sebelum perlawanan dimana mereka dibimbing oleh ketua jurulatih baharu iaitu Patrick Kluivert.
Baca Juga:
- Dibelasah Australia 5-1, Indonesia Jadi Bahan Ketawa
- Kelayakan Piala Dunia 2026: Bukan Permulaan Diharapkan Buat Kluivert, Indonesia Dibelasah Australia
- Indonesia Diperkuat Tiga Pemain Warisan Baharu
Akan tetapi, Garuda hilang cakar di bumi Australia dimana mereka dibelasah dengan keputusan 5-1 sekaligus menjejaskan peluang pasukan itu untuk layak ke Piala Dunia.
Penyokong Indonesia Hilang Sabar

Selepas perlawanan tamat, penyokong Indonesia tidak mengambil masa lama dimana mereka mahu bekas pemain Barcelona dan Newcastle United untuk mengundurkan diri.
Di laman media sosial, penyokong menggunakan tanda pagar #KluivertOut dalam status atau ciapan mereka sebagai tanda tidak puas hati dengan jurulatih itu.
Kita gak menerima alasan "butuh proses" "butuh penyesuaian" "butuh chemistry antara pelatih dan pemain". Dari awal ganti pelatih udah di tuntut wajib menang karena emang tim udah terbentuk. Harusnya gak ada alasan apapun. #KluivertOut pic.twitter.com/Ps5hpWfQoY
— lala bby 𐙚 🐣 (@lalaabbyy) March 20, 2025
Ramai yang membandingkan keputusan ketika Indonesia dibimbing oleh Shin Tae-yong apabila mereka bertemu dengan Australia di Gelora Bung Karno tahun lalu.
Kedua-dua pasukan terikat dengan keputusan tanpa jaringan dan skuad Garuda menampilkan prestasi yang jauh lebih baik berbanding perlawanan semalam.
Gambaran kang judi pura pura mikir ben ketok kerjo#KluivertOut pic.twitter.com/r3St50oefx
— Tukang Mobil Mobilan (@MasMasBiassaa) March 20, 2025
Kekalahan ini turut menjadikan pasukan itu sebagai bahan jenaka terutamanya oleh peminat khususnya dari negara Asia Tenggara seperti Singapura.

“Mereka memecat Shin Tae-yong dan menggantikannya dengan Patrick Kluivert hanya untuk dibelasah Australia,” tulis akaun Troll Football di laman X.
Peminat dari Singapura juga tidak melepaskan peluang dimana salah satu akaun menulis skuad Garuda sebagai memalukan.
“Memang memalukan. Kalau mereka tidak layak dengan pasukan yang dipenuhi pemain kacukan Belanda yang seperti barangan reject, bagi saya mereka bukan sebuah negara,” tulis akaun penyokong Singapura.
Kemenangan penting dilakarkan meletakkan Australia kini ditangga kedua dengan 10 mata manakala Indonesia pula kini ditangga kelima dengan enam mata.