Tular satu klip video menunjukkan seorang peragut ditinggalkan rakannya selepas mereka dikejar kereta peronda polis.
Menerusi perkongsian X.com @rdnaiman, difahamkan video berdurasi 45 saat itu tular melalui aplikasi WhatsApp. Kejadian berlaku di Kampung Bukit Kapar, Klang.
Baca Juga:
- Bahana Ragut Seorang Wanita Warga Emas, Peragut Kena Kejar Dengan Dua Ford Mustang
- Netizen Puji Orang Awam Tidak ‘Belasah’ Peragut Selepas Ditangkap Beramai-Beramai
- Rider GrabFood Dipuji Sanggup Rempuh Motosikal Peragut Untuk Selamatkan Mangsa ‘Berbaju Kelawar’
Pada awal video itu, kedua-dua peragut kelam-kabut cuba menyelamatkan diri apabila kereta peronda mula menghimpit dan mengepung mereka di persimpangan jalan.
Kg bukit kapar. pic.twitter.com/BwU5NhAueQ
— aimanfarhan🇲🇾 (@rdnaiman) May 3, 2024
Bagaimanapun kedua-duanya berjaya melepaskan diri daripada kepungan itu. Apabila pembonceng cuba menaiki motosikal, didapati rakannya itu enggan membenarkannya duduk di atas motosikal tersebut.
Lalu si penunggang memecut meninggalkan lokasi dan rakannya keseorangan.
Peragut yang ditinggalkan itu melarikan diri sekuat hati, apabila dikejar seorang anggota dan kereta peronda dari belakang.
Hahaha esok2 kena juga 😂
— aimanfarhan🇲🇾 (@rdnaiman) May 3, 2024
Pada akhir video, dipercayai peragut itu berjaya ditahan polis.
Ramai netizen percaya, peragut yang berjaya melepaskan diri itu tidak akan bebas selamanya. Pasti rakannya yang ditangkap akan mendedahkan segalanya dan tidak mahu dihukum seorang diri.