Perdana Menteri kerajaan sementara, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pengurangan tambang tol di 6 lebuh raya utama sekitar Lembah Klang sebagai sebahagian daripada usaha kerajaan untuk mengurangkan beban kos sara hidup rakyat.
Dalam pengumuman semasa pelancaran Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH), di sini hari ini, fasa pertama yang bermula pada jam 12.01 tengah malam, 20 Oktober ini akan melibatkan Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (Akleh), Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE), Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA), Lebuhraya Bersurai Kajang (SILK).
Baca Juga:
- PM Umum Bubar Parlimen Berkuat Kuasa Hari Ini, Tarikh Pilihan Raya Tertakluk Kepada SPR
- Tol Percuma Sebulan, Lebuh Raya SUKE Dibuka Kepada Pengguna Tengah Hari Ini
Manakala bagi fasa kedua pula akan melibatkan Lebuhraya Kajang–Seremban (Lekas) dan Lebuhraya Sungai Besi (Besraya) bermula pada 1 Januari 2023.
Datuk Seri Ismail Sabri turut menyatakan tol percuma akan diberikan kepada pengguna Lebuh Raya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH) yang dibuka mulai 12.01 tengah malam ini.
Pengumuman itu dibuat menjelang pilihan raya umum ke-15, yang dijangka diadakan pada awal November, lapor portal The Vibes.