Pada Disember 2016, saudara Shafiq Saleh yang merupakan seorang fotografer telah ke Jepun selama 5 hari. Trip santai dengan agenda utama untuk bertemu kawan di alam maya yang dikenali di akaun Instagram turut menjadikan percutian beliau lebih menarik.
Menurut Shafiq, setelah melawat negara matahari terbit ini, secara peribadi beliau lebih menyukai Kyoto yang memiliki lebih banyak sejarah dan alam semulajadi yang cantik.
Meskipun trip ini merupakan lawatan singkat dan pertemuan yang sekejap dengan rakan Jepun beliau, ia tetap memberi banyak impak dalam karier Shafiq sebagai seorang photographer. Dari segi pengangkutan pula, Shafiq bergerak dari satu destinasi ke destinasi lain dengan menaiki keretapi yang diakui beliau sebagai sangat efisyen.
“Pada saya, salah satu cara yang baik untuk lebih mengenali budaya dan adat satu-satu tempat adalah dengan mendapatkan teman yang berasal daripada kawasan tersebut,” ujar Shafiq.
Berikut 5 tips fotografi yang sempat dikongsikan oleh Shafiq sebagai rujukan buat anda yang akan travel ke Jepun:
- Buat kajian tentang untuk lebih tahu masa terbaik untuk sesuatu kawasan.
- Elakkan daripada menggunakan satu sudut sahaja ketika mengambil gambar. Cuba maksimakan composition, try and error. Banyakkan variety sewaktu shoot gambar.
- Wait for the moment. Untuk setiap gambar jalanan, hampir semua momen yang diambil adalah selepas saya menunggu ‘subject’ yang sesuai untuk lalu. Jadi saya akan luangkan lebih daripada 30 minit di tempat yang sama untuk shoot beberapa keping gambar.
- Pelbagaikan kreativiti. Gunakan suasana sekeliling untukĀ hasilkan idea berbeza dan komposisi berbeza. Contohnya refleksi cermin atau air, dan long exposure.
- Gunakan lens yang sesuai, bergantung kepada idea dan tempat. Boleh juga pelbagaikan composition gambar dengan menggunakan pelbagai jenis lens.
- Kalau ambil gambar itu satu hobi, hasilnya akan lebih natural.
Berikut ebahagian daripada gambar awesome yang berjaya diambilĀ oleh Shafiq sepanjang berada 3 hari di Kyoto dan 2 hari di Osaka. Semua gambar dirakam menggunakan Canon 6D dengan lens 135mm.
Baca lagi: Bakal Travel Ke Jepun? Ingat 14 Perkara Penting Ini Dulu