Majistret S. Punitha menetapkan 7 Februari tahun depan untuk sebutan semula sementara menunggu laporan kimia.
Sebentar tadi Mohd Nazri Abdul Razak yang tiba di mahkamah dengan memakai baju ‘hoodie’ gelap telah didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum mati atau penjara antara 30 hingga 40 tahun dengan tidak kurang daripada 12 sebatan, jika sabit kesalahan.
Pegawai kanan polis berpangkat DSP iaitu Mohd Nazri Abdul Razak 44 didakwa membunuh pelajar tingkatan 5, Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie 17 di mahkamah majistret Ipoh.
Tiada pengakuan direkod kerana kes dibawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
7 Feb 2024 ditetapkan untuk…
— Mohd Redzuan Abdul Manap (@redzuanNewsMPB) December 18, 2023
Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh kerana kes itu berada bawah bidang kuasa mahkamah tinggi.
Mohd Nazri didakwa membunuh Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamri di Jalan Taman Jati 1 berhampiran SMK Jati, Meruantara 12.05 tengah hari dan 12.40 tengah hari pada 15 Disember lalu.