Pemasaran dan jualan mempunyai matlamat yang sama iaitu menjana keuntungan untuk sesebuah perniagaan. Oleh kerana matlamatnya sama, ramai orang terkeliru antara pemasaran dan jualan. Ia seakan-akan tiada perbezaan terutama apabila melibatkan bisnes kecil-kecilan di mana pegawai pemasaran dan jualan adalah orang yang sama. Sebenarnya, apabila semakin besar sesuatu bisnes, semakin nampak jurang perbezaan antara pegawai pemasaran dan pegawai jualan kerana ia akan lebih fokus pada bidang dan tanggungjawab masing-masing.

Cara pendekatan pemasaran meliputi pelbagai aktiviti yang akan mendekatkan prospek dengan produk/perkhidmatan kita. Sasaran utama kita ialah memastikan prospek mengenali dan meyakini produk/perkhidmatan kita ini sesuai dan pilihan terbaik untuk mereka. Oleh itu, strategi pemasaran bersifat jangka masa panjang dan mencerminkan masa depan bisnes kita kelak. Contohnya: penjenamaan. Berbeza pula dengan jualan, cara pendekatan penjualan adalah menemukan titik permintaan pelanggan dengan produk/perkhidmatan yang ditawarkan oleh syarikat kita. Ia bersifat jangka masa pendek yang didorong oleh peluang dan interaksi antara penjual dan prospek.

HYPE
Dari Konten Ke Jualan, TikTok Shop ‘Game Changer’ E-Dagang
Baca lagi →

marketing vs sales

Maka, fokus pemasaran ialah mempromosi, mengedarkan, memenuhi kehendak dan keperluan pelanggan dan harga berdasarkan produk/perkhidmatan yang ditawarkan oleh syarikat. Ia dilakukan pada skala besar mengikut bajet yang ditetapkan setelah dilakukan analisis ke atas pasaran, mengenalpasti saluran pengedaran, memastikan produk/perkhidmatan berdaya saing, mengenalpasti strategi penetapan harga, mengetahui jejakan jualan dan analisis penguasaan pasaran. Fokus penjualan pula, memenuhi objektif jumlah sasaran jualan. Ia biasanya dijalankan secara 1-to-1 atau kumpulan kecil, berdepan dengan pelanggan.

Selepas mengetahui fokus pemasaran dan penjualan, kita akan lebih mudah untuk mengenalpasti skop 2 bidang ini di mana pemasaran akan melibatkan penyelidikan pasaran, pengiklanan, jualan, perhubungan awam, perkhidmatan dan kepuasan pelanggan. Strategi yang digunakan adalah untuk menarik pelanggan iaitu menjana minat dan membina prospek. Manakala, penjualan pula akan melibatkan skop memujuk pelanggan untuk membeli produk atau menggunakan perkhidmatan yang telah syarikat sediakan dengan meyakinkan ia akan memenuhi keperluan mereka. Strategi yang digunakan adalah seperti menekan pelanggan, atau dalam erti kata yang lebih lembut ialah menolak pelanggan lebih dekat kepada produk/perkhidmatan kita sehingga mereka mahu membeli produk/perkhidmatan kita. Skop penjualan penting untuk menukarkan prospek kepada pembeli.

Sumber: Diffen

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram