Ketika ini, orang ramai sudah dibenarkan untuk makan di restoran dengan mengikuti SOP yang telah diberitahu. Oleh itu, orang ramai tidak melepaskan peluang ini untuk makan di restoran bersama keluarga dan juga rakan-rakan.
Terbaharu, viral di TikTok sebuah kafe yang membawa ‘vibes’ seperti di Greece telah menarik perhatian ramai orang terutama sekala ‘foodhunter’ di luar sana. Menariknya, kafe ini mengetengahkan elemen minimalis dan juga konsep taman pada bahagian luar kafe.
Sesuai dengan namanya, kafe ini ketengahkan warna putih membuatkan ramai orang berasa seperti di Greece. Setiap sudut di kafe sangat ‘Insta-worthy’ dan buat anda yang kaki foto akan menyukai tempat ini.
@godblessfreezy Ruma Puteh, Titiwangsa. #fyp #tiktokmalaysia @sasarox
@giftpeople.kl You all pergila dating hujung minngu ok🤪#cafeviral #cafekl #fypシ #PictureDanceTogether #foryoupage #sisredahje #fyp #foodies #rumaputeh
Untuk pengetahuan anda, kafe ini pada mulanya hanyalah sebuah rumah yang kemudian diubahsuai menjadi sebuah kafe. Kafe ini dikenali sebagai Ruma Puteh dan terletak di Jalan Kuantan, Taman Tasik Titiwangsa, 54200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur berdekatan dengan Taman Tasik Titiwangsa dan Istana Budaya.
Ruma Puteh hadir dengan pelbagai masakan tempatan dan juga masakan barat. Disebabkan sekarang sudah ramai yang datang ke kafe ini untuk mencuba, anda mungkin terpaksa menunggu sebentar apabila kafe ini penuh. Adakah anda sudah ke Ruma Puteh ini?
Sementara itu, kami kongsikan beberapa tempat makan yang anda boleh cuba pada pautan di bawah ini.
8 Tempat Makan Di Kuantan Yang Anda Boleh Nikmati Keenakan Hidangannya