Pada awal bulan Ogos lalu, Ketua Menteri Sarawak, Premier Abang Johari Openg mengumumkan Trem pintar Autonomous Rapid Transit (ART) telah pun tiba di Sarawak dari China ke Pelabuhan Senari.
Semalam satu ujian telah diadakan di Kuching Isthmus bagi mengenal pasti sebarang masalah sebelum prototaip trem tiga gerabak berkuasa hidrogen yang dinamakan ‘Bulan’ itu dibawa untuk latihan di Kota Samarahan.
Baca Juga:
- Percutian Singkat Ke Sarawak, Ini 6 Tempat Wajib Singgah Di Kuching Pada Hujung Minggu
- Pengembaraan Dari Kuala Lumpur Ke ‘Negeri Asing’, Ini Apa Yang Saya Belajar Di Sarawak
- Duit Simpanan RM1 Juta Ahli Perniagaan Sarawak ‘Lesap’ Selepas Jawab Panggilan Telefon 14 Saat
Semasa ujian itu dilaksanakan orang ramai tidak melepaskan peluang untuk merakam dan mengambil gambar pengangkutan awam baharu tersebut.
@tpmyh ART Sarawak #publictransport #sarawak #kuching #art #fyp
♬ original sound – ThisProfileMakesYouHappy – ThisProfileMakesYouHappy
Menerusi komen-komen yang dikongsikan, orang ramai gembira trem itu dapat menambahbaik struktur pengangkutan awam di negeri tersebut pada masa akan datang.
Dalam pada itu orang ramai turut berharap kerajaan Sarawak dapat mempelbagaikan pengangkutan awam seperti LRT, MRT dan Monorel yang ada di sekitar bandar Lembah Klang.



Trem ART tiga gerabak berkuasa hidrogen ini adalah untuk kegunaan projek Sistem Pengangkutan Bandar Kuching (KUTS) yang bernilai RM6 bilion bagi menangani masalah kesesakan lalu lintas di kawasan Kuching dan Samarahan.
Kerja-kerja pembinaan laluan untuk trem itu sedang giat dilaksanakan dengan Laluan Biru sepanjang 27.6 kilometer menghubungkan Rembus di Kota Samarahan ke stesen pertukaran Hikmah di pusat bandar raya.
Projek KUTS itu dikendalikan Sarawak Metro Sdn Bhd, sebuah anak syarikat milik penuh Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC).