Dunia muzik hip hop tidak boleh dipisahkan dengan diss track. Jika anda tidak tahu tentang apa itu diss track, anda boleh membacanya di sini.

Ketika ini panas di Amerika Syarikat dengan pertelingkahan baharu diss track antara rapper Machine Gun Kelly (MGK) dan legenda muzik hip hop, Eminem. Semuanya bermula apabila Eminem ‘menyentuh’ MGK dalam salah satu lagu terbarunya, ‘Not Alike’. Liriknya seperti ini;

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

But next time you don’t gotta use Tech N9ne if you wanna come at me with a sub-machine gun
And I’m talking to you but you already know who the f*** you are, Kelly
I don’t use sublims and sure as f*** don’t sneak-diss
But keep commenting on my daughter Hailie.

Ianya berikutan pada tahun 2012, MGK pernah membuat komen di laman Instagram milik anak Eminem, Hailie dengan komen yang kurang menyenangkan Eminem. 6 tahun kemudian, barulah Eminem ‘mengecam’ MGK secara halus melalui lagunya.

Mungkin kerana tidak berpuas hati namanya dipetik dalam lagu Eminem, MGK hadir dengan satu diss track hebat bertajuk ‘Rap Devil’. Pemilihan tajuk ini juga adalah satu diss kepada Eminem yang pernah mengeluarkan lagu bertajuk ‘Rap God’ satu ketika dahulu.

Meneruskan tradisi mereka mengata dalam lagu, MGK menulis lirik ini untuk Eminem;

“Mad about something I said in 2012
Took you six years and a surprise album just to come with a diss
Homie we get it, we know that you’re the greatest rapper alive
F*** dweeb, all you do is read the dictionary and stay inside”

Membaca kamus adalah salah satu cara Eminem untuk meluaskan kosa katanya. MGK membalas kembali kenyataan Eminem secara terus dalam lagu ini. Di sepanjang lagu adalah diss secara terus kepada Eminem tanpa selindung.

Ramai yang beranggapan tindakan MGK ini umpama ‘bunuh diri’. Beliau mengata secara terus kepada salah satu otai besar dunia hip hop. Ramai di antara rapper besar di Hollywood yang tidak mahu ‘bergaduh’ dengan Eminem. The Game antaranya.

https://twitter.com/GitzHQ/status/1036858635249491970

Jika di Malaysia diss track antara artis masih penuh selindung, di Amerika Syarikat ianya lebih vokal dan terang-terangan. Contoh diss track di Malaysia? Boleh dengar lagu Mambang sekali lagi.

Eminem masih belum membuat sebarang komen tentang lagu terbaru MGK ini dan MGK hanya perlu tunggu sebentar sahaja sebelum Eminem keluar lagu baharu khas untuk MGK.