Ketika ini, kes penularan wabak COVID-19 di Malaysia masih belum berjaya dikawal dan beberapa langkah telah diambil seperti ‘total lockdown’ untuk menurunkan kes.
Terbaharu, kedutaan Amerika Syarikat di Malaysia telah memuat naik sebuah video berkaitan bantuan tambahan COVID-19 bagi membantu rakyat Malaysia di Facebook miliknya. Bekalan bantuan tambahan tersebut termasuk vaksin, set PPE, pelitup muka, cecair sanitasi dan peralatan komputer.
Akan tetapi, kepetahan Brian D. McFeeters, Duta Besar Amerika Syarikat ke Malaysia berbahasa Melayu dalam video tersebut mencuri tumpuan ramai. Rata-rata netizen berasa kagum melihat Duta Besar Amerika Syarikat fasih berbahasa Melayu.
Fasih juga Duta ni cakap Bahasa Melayu. So kalau US dah sumbangkan vaksin kepada Malaysia jimat la sebahagian dari RM 3.5 bilion tu kan? pic.twitter.com/lYPjo540iP
— Adam (@amofficialmy) June 15, 2021
Even orang luar pun tau bahasa kebangsaan kita apa sbb tu dorang guna bahasa melayu. Kita je yg agung-agungkan sgt bahasa luar. Ce agungkan sikit bahasa melayu , biar org luar bila nak berinteraksi dgn kita nnti dorang berlatih dan berusaha tuk belajar bahasa melayu https://t.co/mS1Xq3EGYy
— D𓃠 (@hell0nial) June 16, 2021
Bukan itu sahaja, para netizen turut berasa bangga kerana Duta Besar Amerika Syarikat fasih berbahasa Melayu dan mengatakan pertuturan beliau enak didengar. Malah, ada juga netizen yang mengatakan penguasaan bahasa beliau lebih baik daripada sesetengah rakyat Malaysia.
Untuk rekod, Brian mula berkhidmat di Malaysia pada Mac 2021 dan beliau pernah ditugaskan sebagai diplomat di beberapa buah negara lain seperti di Indonesia, Iraq dan Korea Selatan.
Tahukah anda bahawa seorang cikgu ‘mat salleh’ pernah jadi perhatian sebelum ini kerana fasih berbahasa Melayu dan menyanyikan lagu Negaraku? Klik pada pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.
Fasih Berbahasa Melayu Dan Nyanyi Negaraku, Cikgu ‘Mat Salleh’ Ini Rupanya Pernah Mengajar Di Kedah
Niat Perlecehkan Barista Berbahasa Malaysia, Aduan Lelaki Cina Ini Dikecam Hebat Netizen