Petinju khunsa dari Algeria, Imane Khelif semakin hampir untuk memenangi pingat emas selepas beliau mengetepikan cabaran dari petinju Thailand di peringkat separuh akhir dalam temasya Sukan Olimpik 2024.
Imane menewaskan Janjaem Suwannapheng sekaligus bakal bertemu petinju dari China iaitu Liu Yang pada perlawanan penentuan pingat emas.
Baca Juga:
- Petinju Wanita Itali ‘Akui’ Kesilapan, Mohon Maaf Kepada Khelif
- Siapa Imane Khelif? Petinju Wanita Algeria ‘Bertubuh’ Lelaki Yang Kecoh Di Olimpik Paris
- Petinju Wanita Itali ‘Give Up’ Selepas 46 Saat Lawan Dengan Petinju Lelaki Algeria
Pencapaian ini diraih atlet berusia 25 tahun itu selepas banyak kontroversi yang dikaitkan dengan dirinya mengenai jantina sebenar ketika perlawanan saringan.
“Saya fokus. Saya berada di sini untuk persembahan yang baik dan memenuhi impian saya. Saya akan memberikan segala yang saya ada untuk perlawanan akhir. Saya gembira atas semua sokongan di Paris. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua rakyat Algeria yang datang ke sini,” katanya.
Ketika isu mengenai jantinanya timbul, Jawatankuasa Olimpik telah mengesahkan bahawa Imane Khelif bukanlah transgender tetapi memiliki kelainan perkembangan seks (DSD), yang menyebabkan beberapa wanita memiliki kromosom XY dan kadar testosteron yang tinggi.
Di Algeria, identiti transgender dilarang, dan perubahan jenis kelamin pada dokumen identiti diri untuk beralih ke jenis kelamin lain tidak dibenarkan.
Pada tahun 2024, Komite Olimpiade Internasional (IOC) membenarkan Khelif untuk menyertai Olimpik Paris 2024 setelah beliau mematuhi semua syarat dan peraturan yang diperlukan.
Isu ini bukan kali pertama timbul ketika temasya Sukan Olimpik dimana sebelum ini Imane pernah disingkirkan dari satu kejohanan kerana masalah sama.
Pada Mac 2023, penyertaan Khelif dibatalkan sebelum pertarungan pingat emas di Kejuaraan Tinju Dunia Wanita IBA 2023 kerana gagal memenuhi kriteria kelayakan.
Dilaporkan bahawa penyertaan beliau terbatal disebabkan oleh kadar testosteron yang tinggi. Ujian DNA menunjukkan bahawa Khelif memiliki kromosom XY, yang menyebabkan beliau dikeluarkan daripada acara sukan tersebut.