Awal tahun ini, Bugatti mengeluarkan model terbaru mereka, Chiron yang merupakan kereta paling laju di dunia setakat ini dengan kelajuan 420KM/j yang akan dijual dengan harga USD3 juta.

Tetapi tanpa dijangka, Bugatti turut mengeluarkan side product yang boleh anda padankan dengan kereta Bugatti Chiron baru anda; sebuah basikal fixed gear. Pembuat basikal mewah dari Jerman, PG dipilih untuk kolaborasi dengan syarikat kereta mewah Perancis ini dan hanya 667 buah akan dihasilkan.

HYPE
Dari Konten Ke Jualan, TikTok Shop ‘Game Changer’ E-Dagang
Baca lagi →

PG Bugatti Bike ini akan menggunakan material carbon fiber berkualiti tinggi dan beratnya ketika siap dijangka hanya sekitar 5 kilogram sahaja dan dikatakan basikal ini nanti akan menjadi basikal paling ringan di dunia. PG Bugatti Bike ini dijamin tahan lasak walaupun ianya ringan. Tetapi terdapat satu disclaimer yang kurang menarik untuk basikal ini. Basikal ini tidak digalakkan untuk kegunaan jalan raya biasa. Tetapi kalau diikutkan logik, kalau basikal ini langgar lubang di atas jalan, menangis juga tuan punya basikal.

Rekaan minimalis basikal ini memang sangat sesuai untuk pemilik Bugatti. Untuk pemilik Bugatti sedia ada, ianya juga boleh di customize mengikut kereta Bugatti yang mereka ada; termasuk warna dan jenis kulit untuk seat basikal. Basikal ini akan dijual pada harga USD34 ribu ( lebih kurang RM172 ribu). Kalau anda dapat labur RM10 juta untuk kereta Bugatii Chiron, apalah sangat RM172 ribu untuk beli basikal ini. Boleh guna untuk kayuh pergi surau.

Sumber