Bowers & Wilkins bukan nama asing lagi dalam menghasilkan sistem audio terbaik termasuklah speaker dan juga fon telinga nirwayar di dalam pasaran hari ini.

Kini syarikat terkemuka dari Britain ini kembali membawakan sebuah fon telinga tanpa wayar premium iaitu PI8 yang menjanjikan pengalaman audio yang luar biasa bagi pencinta audio di luar sana.

Pi8, Sebuah Earbuds Bangsawan Dengan Sistem Audio Yang Luar Biasa
Sumber Gambar: The Vocket

Menerusi generasi ketiga kali ini, anda boleh menjangkakan sejumlah penambah baikan yang ketara termasuklah spesifikasi dalaman dan juga rekaan keseluruhannya pada earbuds ini.

Pi8

Rekaan yang lebih ‘fresh’

Pi8, Sebuah Earbuds Bangsawan Dengan Sistem Audio Yang Luar Biasa
Sumber Gambar: The Vocket

Reka bentuk PI8 pada kali ini menunjukkan perubahan ketara berbanding sebelumnya di mana salah satu daripadanya adalah tampil rekaan putik baharu agar lebih selesa untuk dipakai dalam jangka masa panjang.

Malah, terdapat satu ruangan kecil pada bahagian tepi earbuds yang didapati corong-corong yang lengkap fungsi mikrofon dan sensor.

Pi8, Sebuah Earbuds Bangsawan Dengan Sistem Audio Yang Luar Biasa
Sumber Gambar: The Vocket

Kedudukan kawalan sesentuh pada tepinya juga sangat straregik sekaligus mudah diakses untuk penukaran lagu, terima panggilan dan juga aktif ciri pembatalan hinggar.

Binaan kes diperbuat daripada plastik tahan lasak lalu ditambah kemasan matte pada luarannya memberikan rasa yang lebih premium.

Tidak lupa juga, ia mempunyai penarafan kalis air dan debu IP54 yang baik sekaligus boleh dipakai di dalam aktiviti lasak atau outdoor.

Prestasi audio yang luar biasa

Pi8, Sebuah Earbuds Bangsawan Dengan Sistem Audio Yang Luar Biasa
Sumber Gambar: The Vocket

Pi8 dijana dengan cipset Qualcomm generasi terkini yang menyokong Bluetooth 5.4 yang mana turut tampil menggunakan amplifier DAC/DSP khusus berprestasi tinggi khas yang telah ditala oleh pakar kejuruteraan audio Bowers & Wilkins sendiri.

Hasilnya anda bakal mendapati bunyi yang kedap dengan sempurna serta memberikan kesan audio yang lebih lunak untuk sebarang genre musik yang dimainkan.

Menariknya, ia turut disediakan sokongan main semula audio aptX 24-bit 96kHz dan juga aptX Lossless. Keupayaan earbuds ini untuk mengasingkan dan menganalisis bunyi musik dan nyanyian memang layak dipuji.

Jangka hayat bateri yang memuaskan

Pi8, Sebuah Earbuds Bangsawan Dengan Sistem Audio Yang Luar Biasa
Sumber Gambar: The Vocket

Selain spesifikasi premium, Pi8 masih berjaya menampilkan prestasi bateri yang cukup baik dalam kegunaan seharian.

Pi8 boleh digunakan sehingga sekitar 6 jam lebih dan bersama-sama dengan bekas pengecasnya ia boleh dilanjutkan sehingga 20 jam untuk penggunaan ketika ANC diaktifkan.

Ditambah pula dengan kemampuan caj 15 minit yang kemudian boleh digunakan selama 2 jam sudah cukup memudahkan penggunaan dalam aktiviti harian jika keadaan terlalu sibuk.

Hadir dengan pelbagai ciri menarik

Pi8, Sebuah Earbuds Bangsawan Dengan Sistem Audio Yang Luar Biasa
Sumber Gambar: The Vocket

Setakat dalam penggunaan seharian, kami mendapati ciri ANC pada Pi8 menampilkan prestasi yang baik.

Ini termasuklah menapis bunyi persekitaran dengan efektif seperti orang berbual atau putaran kipas yang kuat. Untuk mengaktifkan mod ANC, semudah hanya dengan menekan pada sisi tepi fon telinga dalam tempoh beberapa saat.

Dalam ciri Pass Through pula, anda boleh mendengar keadaan sekeliling dengan lebih jelas sekaligus boleh lebih peka dengan lalu lintas atau berbual dengan rakan sekerja tanpa perlu menanggalkan fon telinga.

Pi8, Sebuah Earbuds Bangsawan Dengan Sistem Audio Yang Luar Biasa
Sumber Gambar: The Vocket

Selain itu, anda juga boleh menggunakan aplikasi Bowers & Wilkins Music untuk membuat penalaan pada equalizer (EQ) mengikut citarasa anda. Anda juga boleh mengubah fungsi bagi kedua-dua belah fon telinga menerusi aplikasinya dengan mudah.

Buat anda yang berminat, Bowers & Wilkins Pi8 dijual di pasaran Malaysia pada harga RM2,399 dan mula dijual bermula Oktober ini menerusi TCAcoustic.

Anda boleh membeli earbuds ini di kedai fizikal Sonos Concept Store yang bertempat di Starhill Gallery.

Berbaloi ke beli?

Pi8, Sebuah Earbuds Bangsawan Dengan Sistem Audio Yang Luar Biasa
Sumber Gambar: The Vocket

Pada pandangan kami sendiri, Pi8 ini berbaloi didapatkan untuk kaki audiophile kerana penawaran audio yang sangat padu disamping spesifikasi yang canggih dengan kualiti binaan yang premium.

Dek kerana harganya yang boleh dikira mahal, boleh dikatakan hanya mereka yang berduit sahaja mampu memilikinya.

Sebagai rakyat marhaen biasa, anda boleh mendapatkan sejumlah fon telinga yang jauh lebih mampu milik dengan fungsi dan kualiti seakan Pi8 di dalam pasaran.