Beberapa hari lalu isteri penyanyi Haqiem Rusli, Anis Sofea dilaporkan dalam proses mengambil tindakan undang-undang terhadap sebuah stesen minyak di Terengganu selepas mendakwa tidak mahu bertanggungjawab kerana atas kerosakan pada keretanya.
Dalam satu hantaran Instagram @anissofeaaz yang terbaharu, beliau rasa kecewa dengan pihak Stesen Shell Bukit Besi menunjukkan sikap tidak bertanggungjawab dengan mendiam diri.
Baca Juga:
- Muat Naik Gambar Tidak Berhijab, Penampilan Baharu Isteri Haqiem Rusli Cetus Tanda Tanya
- ‘Saya Sudah Cuba Jadi Suami Yang Baik’ – Ini Respons Haqiem Rusli Isu Isteri Tidak Lagi Berhijab
- Muat Naik Gambar Bersama, Haqiem Rusli Dan Isteri Tepis Spekulasi Rumah Tangga Sedang Bergolak
Pada masa sama, pihak stesen minyak itu juga gagal memberikan maklum balas apabila dihubungi sedangkan Anis tertunggu-tunggu jawapan daripada pihak mereka.
https://www.instagram.com/p/Cr00ElYJS3o/?hl=en
“Saya juga rasa amat dukacita di atas kegagalan pihak Shell dalam memberikan kerjasama kepada pelanggan Shell seperti saya yang ada masalah kereta rosak disebabkan kecuaian pihak stesen minyak Shell.
“Stesen minyak itu menjual minyak yang bercampur air mengakibatkan saya terpaksa menanggung kerugian yang besar untuk membaik pulih kereta itu.
“Saya juga amat berharap dan memohon kepada pihak kerajaan khususnya KPDN agar mengambil tindakan yang tegas dengan membatalkan lesen kepada pengusaha stesen minyak yang menipu rakyat dengan menjual minyak bercampur air kepada pengguna,” petik kenyataan terbaharu yang dikongsikan melalui Instagram @anissofeaaz.
Menurut pasangan itu, kejadian tersebut berlaku pada 17 Mac apabila kereta Mercedes GLC yang dibeli pada tahun 2020 itu mengalami kerosakan selepas mengisi minyak di stesen minyak Bukit Besi, Terengganu.
Lebih kurang 100 meter bergerak dari stesen minyak, enjin kereta mati dan tidak boleh dihidupkan. Kereta itu ditunda ke pengedar Mercedes-Benz yang sah di Gong Kapas, Kuala Terengganu.
Dua hari kemudian (19 Mac), pihak Mercedes-Benz memberitahu di dalam tangki mempunyai air yang berlebihan daripada minyak. Kos untuk membaik pulih kerosakan itu dianggarkan hampir RM50,000.
Pada 22 Mac mereka telah berjumpa dengan pihak Shell untuk bincangkan isu tersebut dan beberapa hari kemudian pihak stesen minyak terbabit meminta kebenaran untuk memindah kereta dari Mercedes-Benz ke bengkel yang dicadangkan oleh pihak stesen minyak.
Bagaimanapun Haqiem dan isteri menolak kerana bengkel itu tidak berstatus pengedar sah Mercedes-Benz, pada masa sama kereta mereka masih lagi dalam waranti.
Sejak dari hari itu, Haqiem dan Anis tidak dapat menghubungi pihak stesen minyak melalui panggilan telefon dan mesej.