Arahan pemakaian pin bendera Malaysia, atau lencana Jalur Gemilang, baru-baru ini dilaksanakan untuk murid-murid di institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan.
Walaupun mempunyai nilai baik yang mahu diterapkan, orang ramai meluahkan kerisauan kerana penggunaan pin yang tajam berpotensi membahayakan murid kecil.
Kes pertama yang direkodkan
Ini apa yang terjadi kepada seorang murid sekolah rendah yang mungkin menjadi mangsa pertama apabila pin bendera Malaysia telah tercucuk pada kakinya.

Difahamkan insiden ini berlaku secara tidak sengaja di mana pin pada baju abangnya telah terjatuh di kerusi kereta dan kanak-kanak kecil perempuan itu langsung terpijak barangkali.

Dari gambar kelihatan agak serius kerana melekat pada bahagian tapak kaki kanannya sehingga terpaksa dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Susulan berita kejadian itu tular, netizen mula mempersoalkan sama ada penggunaan pin bendera Malaysia berasaskan jarum ini adakah wajar untuk murid sekolah.
Ramai mencadangkan agar pihak kementerian memberi pilihan lain seperti pelekat yang boleh ditanggalkan atau pun jenis berjahit yang jauh lebih pratikal dan paling utama selamat digunakan untuk pelbagai lapisan umur.
Memetik Oriental Daily, ada ibu bapa yang mendedahkan anak mereka sering meletakkan di dalam poket sahaja memandangkan ia mudah tertanggal tetapi mengundang kepada bahaya tercucuk pula pada badan apatah lagi kalau sudah berkarat kelak.
Oleh itu, netizen meminta pihak kementerian untuk meneliti lebih mendalam akan penggunaan pin bendera Malaysia berasakan jarum ini yang sememangnya berpotensi membahayakan murid sekolah dan ramai juga risau ia akan berlaku lagi pada masa kelak.