Semalam Pizza Hut Malaysia telah mengemukakan permohonan maaf secara terbuka mengenai satu Tweet yang menerima kecaman akibat menyentuh isu jantina dan agama. Tweet yang menggunakan bahasa melayu tersebut telah dibuang sebaik sahaja isu tersebut menjadi kecoh.
Dalam isu ini, Pizza Hut Malaysia telah membalas satu bebenang Tweet mengenai perbahasan aurat wanita dan transwoman yang ditulis dengan nada gurauan. Berikut respon yang dikemukakan oleh pihak Pizza Hut selepas timbulnya kekecohan tersebut.

2/3 The tweet was made erroneously by our social media agency. While we understand that human errors do happen, we also take matters of these nature very seriously and as such have terminated the services of our agency.
— Pizza Hut Malaysia (@pizzahutmsia) August 7, 2018
3/3 We wish to apologise once again if anyone was offended and get back on track serving our customers as best we can.
— Pizza Hut Malaysia (@pizzahutmsia) August 7, 2018
Menurut kenyataan tersebut, tweet tersebut telah dikeluarkan oleh satu agensi media yang dilantik untuk memantau media sosial syarikat pizza tersebut. Agensi media tersebut kemudian dikhabarkan telah dihentikan khidmat bersama Pizza Hut. Bagaimanapun, Pizza Hut Malaysia enggan mengemukakan nama agensi media berkenaan.