Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan kerajaan telah bersetuju untuk memberikan Bantuan Prihatin Nasional 2.0 kepada lebih 10 juta penerima yang pernah menerima bantuan itu sebelum ini.

Bantuan yang dikenali dengan nama BPN 2.0 itu akan melibatkan kesemua golongan rakyat daripada B40 dan M40 yang sudah berkeluarga atau masih berstatus bujang.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

“Golongan pertama adalah golongan B40 yang berkeluarga dan bujang, golongan M40 bagi berkeluarga dan bujang serta pekerja tempatan pelbagai bidang.

“Kategori keempat adalah golongan peniaga mikro dalam pelbagai bidang,” katanya dalam Perutusan Khas Kita Prihatin, hari ini.

bpn2.0

Mengulas mengenai perkara itu, perdana menteri menjelaskan mereka yang pernah menerima bantuan itu sebelum ini tidak perlu membuat permohonan baru dimana ianya akan dikreditkan terus ke dalam akaun bank mereka. Manakala individu-individu yang belum pernah menerima bantuan itu pula berpeluang untuk membuat rayuan.

Bantuan itu difahamkan akan dikreditkan secara ansuran sebanyak dua kali dengan pembayaran kali pertama akan dilakukan pada penghujung Oktober 2020 dan pembayaran kali kedua pada Januari 2021.

Baca juga perkongsian kami mengenai bantuan lain yang pernah diberikan kerajaan sebelum ini bersempena dengan pandemik COVID-19 di pautan di bawah.

PM Umum Lanjutan Moratorium Dan Bantuan Bank Bersasar Kepada Golongan Memerlukan

Pas My30 Serendah RM1 Sehari Dan Kredit ‘e-Wallet’ RM50 Oleh Kerajaan Jadi Tumpuan Netizen