Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa menyatakan pihaknya telah mengenal pasti seorang anggota yang didakwa menunjukkan isyarat lucah kepada seorang wanita dalam satu protes di ibu negara, Jumaat lalu.
Memetik MalaysiaGazette, satu siasatan dalaman telah dibuka terhadap anggota terbabit yang kini bertugas di kawasan ibu negara.
Baca Juga:
- Polis Tahan Pemandu Lori Mengundur Punca Penunggang Motosikal Maut Di Bangsar South
- ‘Ingatkan Pegawai Tu Orang Malaysia’ – Cubaan Wanita Singapura Rasuah Polis Makan Diri
- Ketua Polis Negara Tegaskan Siasatan Kes Faisal Halim Masih Berjalan
“Siasatan telah dimulakan walaupun polis tidak menerima laporan berhubung perkara itu,” katanya ketika dihubungi semalam.
Terdahulu, seorang jurugambar wanita berkongsi beberapa gambar bukti seorang anggota menunjukkan isyarat lucah semasa bertugas di satu protes.
Wanita itu berkata lagi isyarat lucah itu diulang beberapa kali oleh anggota polis terbabit untuk memastikan ia dapat dilihat.