Dalam masa kurang 48 jam, satu Malaysia berasa kurang senang dan marah setelah menonton dua buah video yang tular kerana ‘mengajuk perbuatan’ golongan orang kurang upaya (OKU) di tempat awam. Perbuatan tersebut dilakonkan oleh dua orang lelaki dan dua orang wanita dalam video berbeza.

Pihak polis sedang mengesan semua suspek yang terlibat di dalam kedua-dua video tersebut. Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, pihaknya menerima aduan daripada seorang wanita semasa berada di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur, petik Harian Metro.

HYPE
Dari Konten Ke Jualan, TikTok Shop ‘Game Changer’ E-Dagang
Baca lagi →

Menurut Beh Eng Lai, pengadu telah menonton dua klip video yang dimuat naik menerusi aplikasi TikTok yang mempersendakan OKU dan menyalahgunakan kemudahan OKU.

Video pertama membabitkan seorang lelaki yang menceritakan bagaimana mereka meminta rakannya menyamar menjadi OKU untuk mendapatkan petak tempat letak kereta OKU yang terletak di Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur.

Manakala video kedua pula melibatkan dua wanita yang menyalahgunakan tandas OKU di sebuah stesen minyak. Mereka mengajuk perbuatan seolah-olah mereka adalah OKU fizikal yang tempang sambil bergelak ketawa semasa memasuki tandas tersebut.

“Kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia kerana kesalahan dengan sengaja mengaibkan dengan niat hendak membangkitkan pecah keamanan dengan penggunaan media sosial secara tidak wajar.

“Polis menasihati orang ramai supaya sentiasa mematuhi undang-undang dan bersama-sama menjaga kesejahteraan serta keharmonian,” tegas Beh Eng Lai semasa mengulas perkembangan semasa isu terbabit.

Tambah beliau lagi, tindakan tegas berlandaskan undang-undang sedia ada akan diambil terhadap individu yang melanggar undang-undang ini. Beliau meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat untuk menghubungi Bilik Gerakan IPD Sentul melalui talian 03-40482206 bagi membantu siasatan.

Sebelum ini lelaki yang menyamar sebagai OKU menjelaskan video tersebut dibuat sebagai konten menyampaikan kesedaran kepada orang ramai. Baca penjelasannya melalui pautan di bawah.

Dikecam Pura-Pura Cacat Untuk Dapat Parkir, Ini Penjelasan Daripada ‘Lelaki OKU’ Tersebut

Bersesak Dan Langgar SOP, Kumpulan Lelaki Berebut Hot Wheels Di Toy “R” Us Diburu Polis

Sumber