Polis Indonesia menyamar sebagai mat rempit untuk menangkap mat rempit yang berlumba haram. Dan video tersebut tular di media sosial.
Polis Indonesia sudah lama menyamar sebagai mat rempit di Samarinda untuk memasuki kumpulan rempit tersebut.
Dan ketika perlumbaan haram baru nak dimulakan, seorang polis memulakan aksi menangkap dengan mengunci tengkuk pelumba haram.
Kejadian berlaku Selasa lalu di Simpang Mal Lembuswan.
— @ (@anthraxxx781) February 13, 2025
Kemudian keadaan menjadi kucar kacir. Polis malah difahamkan melepaskan tembakan amaran.
Polis Indonesia rampas wang pertaruhan
Laporan menyusul menyatakan bahawa Polis Samarinda berjaya menumpaskan sindiket lumba haram dengan wang pertaruhan sebanyak Rp38 juta atau sekitar RM10,353 dirampas denga beberapa unit motosikal.
Sebelum ini polis mendapat maklumat bahawa aksi lumba haram di Samarinda semakin meruncing dengan melibatkkan wang pertaruhan sangat tinggi.
Selain kesalahan lumba haram, pesalah juga berdepan pertuduhan perjudian haram.
Polis Indonesia berterima kasih kepada orang awam yang membantu polis dalam memberikan maklumat tentang aktiviti lumba haram tersbut.
Kumpulan lumba haram tersebut dilaporkan sedang mencari joki haram untuk perlumbaan. Polis berjaya menyusup masuk ke dalam kumpulan tersebut dan menawarkan diri mennjadi joki haram tersebut.
Difahamkan terdapat dua anggota polis berjaya meyakinkan kumpulan besar mat rempit itu untuk menjadin joki haram.
Joki haram tersebut yang sebenarnya anggota polis telah berjaya mengumpula wang pertarunan Rp38 juta.
Polis kemudian bersiap sedia untuk menangkap pelumba pelumba haram itu. Dengan mereka ditempatkan di kalangan kumpulan besar mat rempit.
Polis Samarinda benar benar pantas bertindak untuk menangkap suspek dan bahan bukti sekali. Paling mudah adalah menyita wang pertaruhan yang memang ada di tangan 2 pegawai polis mereka.
Mereka yang ditahan diperintah reman untuk siasatan lanjut dan berdepan dengaun hukuman penjara maksimum 10 tahun.
Rata rata netizen memuji tindakan polis Indonesia tersebut termasuk netizen Malaysia. Memandangkan masalah lumba haram dan mat rempit juga salah satu penyakit sosial di negara kita.
Kegiatan lumba haram ini bukan sahaja membahayakan keselamatan pengguna jalan raya yang lain malah turut mengganggu ketenteraman awam serta menjadi punca kepada gejala sosial yang lain.