Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat menyatakan pihaknya tidak mendapat sebarang laporan membabitkan kes kecurian kabel bagi projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).
Pada masa pihak beliau juga tidak mendapat maklumat mengenai kes kecurian di tapak projek.
Baca Juga:
- Gara-Gara Pencuri Kabel, Operasi ECRL Mungkin Tertangguh?
- Proses Pengorekan ‘Terowong Kuantan’ Untuk Projek ECRL Siap 2 Bulan Lebih Awal
- Betul Ke Projek ECRL Merugikan Negara? Ini Analisa Dan Kesimpulan Yang Aku Dapat
“Jika ada laporan, kita akan membuat siasatan dengan segera dan terperinci. Setakat ini belum ada lagi,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini, lapor Harian Metro.
Beliau meminta pihak yang mendakwa isu berkenaan tampil membuat laporan polis.
Terdahulu, Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL), Datuk Seri Darwis Abdul Razak menyatakan terdapat isu kecurian kabel di sepanjang jajaran ECRL.
Difahamkan pihaknya insiden itu dikesan di lokasi tertentu di sepanjang laluan ECRL yang merentasi Kelantan, Terengganu, Pahang dan Selangor.
Menurutnya lagi, syarikat itu boleh mengalami kerugian sebanyak RM1.25 juta sehari sekiranya kontraktor utama, China Communications Construction Company Ltd (CCCC) gagal menyiapkan projek mengikut masa yang ditetapkan.