Polis kini sedang mengenal pasti dan memburuh pemilik akaun media sosial dengan nama Muhammad Imran Suresh. Di mana Imran Suresh mendakwa dia ada maklumat paling penting tentang kes simbah asid Faisal Halim.
Beberapa hari lalu, Faisal Halim disimbah asid ketika berada di sebuah pusat beli belah. Kesannya, pemain kebangsaan itu mengalami lecur kimia tahap 4.
Baca Juga:
- Faisal Halim Bakal Jalani Rawatan ‘Skin Allograft’
- Datuk Hamidin: Faisal Perlukan Doa Kita, Henti Sebarkan Kebencian
- ‘Faisal Halim Disimbah Asid Sulfurik Pekat’- CEO Selangor FC
Di media sosial, seorang pemilik akaun bernama Imran Suresh telah mendakwa dia ada maklumat tentang kes itu. Namun dia disiasat secara tidak telus oleh PDRM.
Imran Suresh menyatakan bahawa dia tahu siapa dalang di sebalik serangan tersebut.
Perkongsian Imran Suresh menjadi tular di media sosial. Dan kini polis sedang mengesannya.
? https://t.co/fMA5pcLk3w pic.twitter.com/2zyoiHpmGP
— sidcat (@yoyoiweg) May 7, 2024
Menurut BH Online, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, mengesahkan bahawa PDRM kini sedang mengenal pasti dan memburu di mana Imran Suresh.
Razarudin berkata: “Oleh itu, kita mahu mengesan individu berkenaan untuk melihat maklumat apa yang dia ada dan boleh membantu siasatan polis.
“Mana-mana individu yang mempunyai apa-apa maklumat berkaitan, boleh tampil (membantu siasatan polis) dan bukan mengeluarkan kenyataan sehingga boleh menjejaskan siasatan,” tegas beliau.
Dalam pada itu Razarudin mendedahkan bahawa polis masih melakukan siasatan lanjut termasuk motif serangan tersebut. Selain itu, polis juga sedang menyiasat sama ada suspek diupah orang tertentu untuk melakukannya.
Beliau kemudian mengingatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan polis.
“Kita masih menjalankan siasatan lanjut, termasuk motif serangan. Kita juga sedang menyiasat sama ada suspek diupah orang tertentu,” tuntasnya lagi.