Kes letupan gas bawah tanah di Putra Heights, Puchong, polis mengklasifikasikannya sebagai NFA atau Tiada Tindakan Lanjut.

Ini selepas hasil polis berpuas hati dengan hasil siasatan mendapati bahawa tiada sebarang unsur unsur kecuaian atau khianat dalam kes tersebut.

Menurut polis, berkenaan dengan kerja kerja pembinaan lot kedai pejabat yang baharu, dan kerja penggantian paip pembentung di kawasan tersebut, ianya dijalankan mengikut SOP atau garis panduan keselamatan yang ditetapkan Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ), Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Petronas sendiri.

Dipetik daripada sumber Berita Harian, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan bagaimanapun menyatakan, jika ada bukti baharu ditemui, polis akan meneruskan semula siasatan ke atas kes letupan gas tersebut.

Oleh itu polis mengalu alukan mana mana pihak yang ada bukti baharu untuk tampil menyalurkan maklumat kepada polis.

Berdasarkan laporan Berita Harian, Hussein berkata: “Kita berpuas hati dan menutup kes ini buat masa ini. Namun ia boleh dibuka semula pada bila-bila masa sekiranya terdapat maklumat baharu.”

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan – FOTO KOSMO

Sebelum ini rakyat Malaysia digemparkan dengan insiden letupan gas bawah tanah di Putra Heights yang menimbulkan panik masyarakat sekitar.

Terdapat beberapa kes kerosakan dan kemusnahan harta benda dilaporkan oleh orang awam kerana letupan tersebut.

Putra Heights
Sumber: Berita Harian