Polis sahkan kontraktor ikut SOP dalam melakukan aktiviti mengorek paip kumbahan.

Terdapat dakwaan bahawa kontraktor yang mengorek paip kumbahan mungkin tidak ikut SOP memandangkan kawasan tersebut memang kawasan ada paip gas Petronas.

PDRM masih tidak dapat mengesahkan bahawa kerja kerja mengorek paip kumbahan berdekatan dengan kawasan letupan gas di Putra Heights menjadi punca insiden kebakaran baru baru ini.

Selain itu korekan yang dibuat oleh kontraktor paip kumbahan tersebut adalah sah di sisi undang undang kerana sudah mendapat kelulusan.

Paip gas bawah tanah milik Petronas di kawasan tersebut telah meletup dan mencetuskan kebakaran pada 1 April lalu.

Petronas Gas
Sumber: Reuters

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, siasatan masih dijalankan secara menyeluruh oleh Polis dan beberapa agensi lain.

Beliau turut menyatakan bahawa paip kumbahan tersebut berkedalaman 2.1 meter daripada paras aras jalan di kawasan tersebut.

Polis Terima Aduan Ada Orang Bermain Mercun Di Kawasan Letupan Paip Gas

Ianya di paras yang dibenarkan kerana had korekan adalah tidak melebihi 3 meter daripada aras tanah.

Dipetik dari sumber Buletin TV3, Polis menyatakan: “Pihak Polis telah menjalankan siasatan dengan menggali semula laluan paip kumbahan yang dipasang oleh sebuah syarikat kontraktor.

Polis Sahkan Kontraktor Buat Kerja Ikut SOP

“Didapati paip kumbahan ini dipasang pada kedalaman 2.1 meter daripada paras daripada aras jalan yang sedia ada.

“Keterangan lanjut didapati kerja korekan telah dibuat oleh kontraktor ini tidak melebihi 3 meter, sepanjang jalan itu dengan lebar korekan 1.5 meter,” tegas Hussein.

Kontraktor ikut SOP

Polis juga mengesahkan bahawa hasil siasatan mereka mendapati pihak kontraktor tersebut telah mematuhi semua peraturan dan prosedur operasi standard atau ikut SOP.

Dan kini polis masih menyiasat sama ada wujud unsur unsur jenyah atau sebaliknya.

Hussein pada masa yang sama menegaskan bahawa hasil siasatan awal oleh pihak berkuasa dijangka akan dapat diketahui pada 15 April akan datang.

Jangan buat spekulasi

Dalam sidang media yang sama Hussein turut mengesahkan bahawa 220 rumah adalah tidak terjejas daripada sebarang impak kebakaran tersebut.

Manakala 219 rumah lagi adalah yang terjejas kerana tragedi itu.