Polis Selangor menyatakan bahawa mereka tidak menerima sebarang laporan berkaitan dengan kematian dan kehilangan harta benda dalam kejadian letupan paip gas baru baru ini di Putra Heights.
Kenyataan itu respon kepada khabar angin yang disebarkan di media sosial menyatakan bahawa ada mangsa yang meninggal dunia dalam kejadian tersebut.
Malah ada yang mendakwa ada penduduk yang kehillangan harta benda dalam kejadian tersebut, di mana polis turut tidak menerima sebarang laporan berkaitan.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata tiada sebab atau sebarang kepentingan mereka menyembunyikan maklumat penting seperti itu.

Datuk Hussein Omar Khan mengalu alukan laporan polis dibuat jika ada yang kehilangan nyawa atau kehilangan harta benda dalam tragedi tersebut.
Polis Selangor alu alukan laporan berkaitan
Mewakili Polis Selangor, Datuk Hussein berkata kepada BH Online: “Kalau benar ada kematian akibat kejadian letupan yang berlaku pada 1 April lalu, saya mengalu-alukan orang yang berkaitan tampil membuat laporan polis, namun sehingga kini tiada sebarang laporan dibuat.
Tiada Keperluan Dedahkan Identiti Syarikat Kontraktor, Fokus Adalah Tempat Kejadian
“Begitu juga seperti dakwaan yang tular di media sosial kononnya ada penduduk yang mengalami kehilangan harta benda, namun kami juga setakat ini tidak menerima sebarang laporan oleh mana-mana mangsa.”
Beliau kemudian mengingatkan agar orang ramai agar tidak terlalu mudah terperdaya dengan khabar angin tidak berasas. Pada masa yang sama mengingatkan netizen agar tidak menyebarkan khabar angin.
Seterusnya, Hussein setakat ini tidak nampak motif pihak tertentu mahu menyembunyikan elemen siasatan. Malah polis menurutnya sangat terbuka berkongsi maklumat tentang kerja kerja di ground zero atau lokasi kejadian.
Ini termasuk perkongsian rakaman footage dron yang polis ambil.
Selain itu beliau juga mengesahkan bahawa Polis Kontinjen Selangor menempatkan 120 pegawai dan anggota untuk pelbagai tugas berkaitan kawala keselamatan dan pemantauan di kawasan siasatan termasuk di kawasan kampung dan taman perumahan yang terjejas.
Hussein berkata, untuk kawalan keselamatan dan pemantauan sahaja, Polis Kontinjen Selangor, menempatkan 120 pegawai dan anggota mengawasi kawasan yang terjejas.
“Saya tak nampak kenapa ada pihak cuba menyembunyikan elemen siasatan, malah kami turut berkongsi semua kerja-kerja di ground zero (lokasi kejadian) melalui video-video yang diambil menggunakan dron,” kata Hussein lagi.