Tiga anggota polis yang bertugas di sekatan jalan raya berdekatan persimpangan The Mines, Serdang, Selangor sedang disiasat secara dalaman oleh pihak polis.
Menurut kenyataan daripada Asisten Komisioner AA Anbalagan, Ketua Polis Daerah Serdang, pihaknya telah menjumpai video tular yang berdurasi satu minit 19 saat yang memaparkan ketiga-tiga anggota polis trafik tersebut di media sosial, petik Malaysia Gazette.
“Ketiga-tiga anggota itu sedan menjalankan sekatan jalan raya pada jam 12.15 hingga 1.15 tengah hari berhampiran persimpangan The Mines.
“Siasatan sedang dijalankan bagi menentukan sama ada berlaku salah laku atau perlanggaran garis panduan dalam pelaksaaan sekatan jalan raya,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau menegaskan bahawa Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang tidak akan bertolak ansur sekiranya didapati berlaku pelanggaran prosedur dalam operasi tersebut.
“Kes masih dalam siasatan dan orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi atau komen yang boleh mengganggu siasatan,” jelasnya