Dua lelaki ditahan oleh polis semalam kerana melakukan pembakaran mercun secara terbuka di tempat awam sehingga mengakibatkan letupan besar besaran di Dataran Zero berdekatan Bazar Aidilfitri di Sungai Petani Kedah.
Menurut Bernama, kesan letupan mercun dan bunga api itu sangat kuat dan mengancam nyawa orang awam yang ada di situ. Di mana orang awam telah melarikan diri daripada tempat kejadian untuk menyelamatkan diri mereka.
Baca Juga:
- Syarikat Suami Heliza Helmi Tiada Lesen, PDRM Serah Siasatan Kepada SC
- Cuba Wujudkan ‘Kerajaan 9’, PDRM Pantau Mawla Amin Dan Pengikutnya
- Pihak Berkuasa Laos Berkas Raja Dadah Malaysia Paling ‘Most Wanted’ Oleh PDRM
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, ACP Zaidy Che Hassan mengesahkan bahawa pihaknya telah menerima laporan daripada seorang pegawai kanan polis pada 12 tengah malam tadi.
Pegawai tersebut mendapat informasi daripada video yang dikongsikan di WahstApp.
SUNGAI PETANI PROBLEM.. Mujoq laaa takdak kemalangan jiwa terjadi… Risau wey, jd betoi2 depan kami.. Nasib baik jugak sbb tak terbakaq semua stok stok aku tu. Ya Allah… Fobia.. Staff staff aku pun selerak lari selamatkan diri masing2, risau kalau kena percik api mercun 😭… pic.twitter.com/B9E4NnQEgm
— MYNEWSHUB (@mynewshub) April 9, 2024
Polis turut mengesahkan bahawa pembakaran mercun ‘happy bom firework’ telah mencetuskan letupan yang merebak pada mercun lain yang dijual di situ.
Dan ianya mencetuskan suasana cemas di kalangan orang awam kerana melibatkan kuantiti mercun dan bunga api yang sangat banyak.
Pihak polis dan bomba mengesahkan bahawa tiada kebakaran atau kecederaan yang berlaku.
Dua lelaki ditahan bakar mercun secara terbuka di Sungai Petani https://t.co/OuoivV8cMC #BernamaNews pic.twitter.com/FIH3TLbjLy
— BERNAMA (@bernamadotcom) April 9, 2024
Namun polis tetap menahan 2 lelaki yang berusia 24 dan 27 tahun Mereka akan disiasat di bawah seksyen 7(a) Akta Bahan Letupan 1957.