Polis menahan seorang lelaki warga Israel di sebuah hotel yang memiliki beberapa pucuk senjata api bersamanya.
Penahanan itu dibuat di sebuah hotel di Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Lelaki negara haram itu memiliki enam pucuk senjata api dengan 200 butir peluru bersamanya
Baca Juga:
- Terima Mesej Lucah, Wanita Ini Dedah Diganggu Polis ‘Miang’ Di Media Sosial
- Ketua Polis Selangor Sahkan Kejadian Hanya Salah Faham, Bukan Kes Culik Budak Berlaku Di Klang
- Ryan Bakery Nafi Persenda Polis Dalam Konten ‘Roadblock’
Perkara itu disahkan sendiri oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain yang mengesyaki bahawa lelaki berusia 36 tahun itu ejen perisik negara haram tersebut.
PDRM sudah mempertingkatkan lagi tahap keselamatan. Dipetik dari BH Online, Razarudin berkata: “Apabila tangkapan ini berlaku, apa yang kita nampak adalah isu berkaitan Palestin dan Is**el.
“Maka kita kini sangat berwaspada tentang keselamatan Perdana Menteri sendiri, Yang di-Pertuan Agong dan juga beberapa VVIP yang kita perlu ambil kira keselamatan mereka, keselamatan di sini.”
Lelaki tersebut memasuki Malaysia menggunakan pasport Perancis. Dan hasil siasatan lanjut, dia akhirnya menyerahkan pasport negara haram miliknya.
Lelaki itu memberitahu polis bahawa dia datang ke negaranya ini untuk mencari seorang lagi rakyat negaranya untuk dibun*h. Ianya berkaitan dengan pertikaian antara keluarga.
Namun buat masa ini PDRM tidak percaya dengan alasan itu dan yakin dia ada agenda lain untuk masuk ke negara ini.
Razarudin memberitahu enam senjata api yang ditemui dalam bilik hotel suspek adalah jenis Glock 19 Marine, Glock 17 Gen 4, Smith and Wesson, Sig Sauer dan Stoeger serta 200 butir peluru yang diletakkan di dalam beg miliknya – tegas laporan yang dipetik dari BH Online.