Polis yang tampar orang awam yang tular videonya baru baru ini telahpun ditukar ke unit lain sementara menunggu tindaka selanjutnya.
Baru baru ini, netizen digemparkan dengan video di mana seorang anggota polis telah menampar orang awam.
Baca Juga:
- Lepas Rogol Dan Samun, Tular Pula Video Pegawai Polis Pukul Orang Awam
- Didakwa Curi RM85,000 Semasa Operasi ‘Mini Dhaka’, Tiga Polis Mengaku Tidak Bersalah
- Ibu Cupcake Aisyah Buat Laporan Polis, Ada Netizen Ugut Nak Sondol Suaminya Pula
Tindakan beliau itu telah direkod dan ditularkan oleh netizen menerusi Telegram Edisi Siasat sebelum disebarkan di laman media sosial X/Twitter.
Info info. Video lama ke? Daripada video ni dengar macam brader kena beduk ni tak puasa lepastu mencuri. Tapi kenapa dibeduknya brader tu sebegini rupa? Apa guna undang-undang? 🤔
🎥 Telegram Edisi Siasat pic.twitter.com/mZgX7VuJnj
— om (@xallehrazax) January 12, 2024
Daripada rakaman video itu, kedengaran polis itu memarahi lelaki tersebut, ‘dah la tak puasa, mencuri pula.’
Ramai pecaya bahawa video itu adalah video lama. Namun netizen meminta agar PDRM mengambil tindakan di atas perkara itu.
Makin hari makin teruk eh ?
🤔 pic.twitter.com/QNpX1Tc9qs
— CEO OF EXPOSE (@druglordfxdl) January 12, 2024
Terbaru, Harian Metro melaporkan bahawa polis berpangkat sarjan mejar yang tampar orang awam tersebut telah pun diambil tindakan.
Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat mengesahkan bahawa polis tersebut telah ditukarkan ke unit lain dalam Ibu Pejabat Polis Daerah Batu Pahat.
Unit tersebut membuatkan polis berkenaan tidak akan berurusan dengan orang awam.
Daripada sumber yang sama, Datuk Kamarul berkata tindakan ini adalah tindakan sementara. Kerana siasatan lanjut masih dijalankan untuk menentukan hukuman sebenar yang akan dikenakan jika dia didapati bersalah.
Daatuk Kamari menegaskan: “Ini adalah langkah sementara yang kami ambil. Tindakan sewajarnya akan dikenakan jika siasatan membuktikan pembabitannya (dalam kes itu).”
Datuk Kamarul memberikan jaminan bahawa PDRM akan bertindak mengikut undang undang terhadap mana mana pihak tanpa pilih kasih. Sambil meminta saksi kejadian tampil.
#JohorBahru Sarjan mejar polis yang didakwa melakukan kekerasan terhadap lelaki di tempat awam sudah dipindahkan sementara menunggu siasatan.https://t.co/PGQL8Eicru
— Harian Metro (@hmetromy) January 14, 2024
Insiden ini satu tamparan hebat buat PDRM. Di mana dalam beberapa bulan kebelakangan ini telah berlaku beberapa insiden melibatkan anggota mereka.