Polis tegur pemandu bas yang terlibat dalam kemalangan membabitkan pelajar UPSI baru baru ini agar bersabar sedikit sebelum membuat sebarang kenyataan.

Polis ketika ini sedang menyiasat kes tersebut, dan pemandu bas tersebut sepatutnya tidak membuat sebarang kenyataan yangg dianggap boleh mengganggu siasatan.

Ianya berikutan tindakan pemandu bas tersebut yang mengeluarkan kenyataan menyatakan bahawa bas yang dipandunya pada malam itu ada masalah brek yang membuatkan dia hilang kawalan ketika memandu, dan terlanggar Perodua Alza sebelum terbabas melanggar penghadang jalan.

Pemandu Bas Pelajar UPSI Minta Maaf Kepada Keluarga Mangsa

Polis tegur pemandu bas agar tidak keluar kenyataan melulu

Menurut polis, hanya agensi yang berkaitan sahaja berhak untuk mengeluarkan kenyataan berkaitan dengan isu teknikal bas tersebut, yang menjadi punca nahas.

UPSI
Sumber Gambar: Sinar Harian

Polis masih dalam proses melakukan siasatan penuh berkaitan dengan kemalangan tersebut.

Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin berkata, tindakan pemandu bas tersebut akan membuatkan lebih banyak spekulasi yang timbul selain daripada mengganggu siasatan polis.

Dipetik daripada laman mStar, Noor Hisam berkata: “Kita khuatir kenyataan yang diberikan mungkin akan mengganggu siasatan.

“Kalau boleh, bersabarlah sedikit. Tunggu sehingga kenyataannya direkodkan terlebih dahulu.

“Selepas itu barulah boleh bercakap apa yang dia mahu. Apa pun, kita tidak boleh paksa. Di pihak polis, kita hanya boleh nasihat.”