Pada awal minggu ini penduduk setempat mengadu rumah mereka mengalami kerosakan akibat latihan Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA’25) di Pulau Langkawi.
Ketua Polis Kedah, Fisol Salleh berkata menerima 27 laporan berhubung isu tersebut, petik Free Malaysia Today.
Baca Juga:
- Penduduk Mengadu Tingkap Pecah Dan Siling Jatuh Ekoran Latihan LIMA’25
- ‘Nak Gambar LIMA’25 Cantik, Kereta Jadi Mangsa’ – Pengusaha Kecewa Penyewa Pijak Bumbung Kereta Sewa
- Di Sebalik Aksi Memukau: Kisah Tragis Russian Knights Di LIMA 1995
Kesemua siasatan akan dirujuk kepada pihak berkaitan untuk tindakan lanjut.
Menurutnya lagi, polis turut dimaklumkan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam (CAAM) sudah memeriksa rumah berkenaan.
Penduduk Mengadu Tingkap Pecah Dan Siling Jatuh Ekoran Latihan LIMA’25
“Pada edisi Lima sebelum ini, tiada kejadian seperti ini berlaku. Namun, polis sudah menyiasat semua aduan penduduk.
“Polis juga sudah berhubung dengan penganjur dan dimaklumkan mereka memberi komitmen penuh untuk menyelesaikan (aduan),” katanya menurut Harian Metro dalam sidang media di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Langkawi.
Tambah beliau, sebarang laporan kerosakan rumah dikemukakan perlu berlandaskan kejadian sebenar.
Pada masa sama beliau memberitahu kepada para penduduk tiada lagi persembahan gimik LIMA’25, sama akan di persekitaran Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) bermula hari ini sehingga pameran berakhir Sabtu ini.