Pihak polis terima laporan ada orang bermain mercun berdekatan dengan kawasan letupan gas di Putra Heights.

Kejadian letupan gas tersebut benar benar mengejutkan rakyat Malaysia. Di mana beerlaku kemusnahan harta benda dan kerosakan lain akibat daripadanya.

Mangsa kejadian turut dipindahkan serta merta ke pusat pemindahan sementara atau PPS yang berdekatan.

Hujan Batu

Ada orang bermain mercun

Terbaru, polis menerima laporan ada orang bermain mercun di kawasan bedekatan paip yang meletup.

Kenyataan itu dikeluarkan oleh Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan – seperti dilaporkan BH Online.

Menurut laporan yang diterima pihak polis, pengadu mendakwa bahawa mereka ada melihat orang bermain mercun di kawasan paip gas yang meletup itu.

Putra Heights

Hussein berkata: “Pihak polis tak nampaklah kejadian pada waktu itu boleh membabitkan letupan pada pagi itu. Bagaimanapun, kita masih lagi menunggu siasatan penuh.

“Saya cuma maklum laporan yang polis terima (setakat ini). Jadi kita mengalu-alukan maklumat daripada orang awam. Yang ini maklumat yang mereka nampak (pengadu).

Seterusnya pihak polis mendedahkan bahawa sudah 642 laporan polis diterima berkaitan dengan insiden letupan gas tersebut.

Ada orang bermain mercun

Polis turut merakamkan lebih 100 percakapan daripada pelbagai pihak untuk membantu siasatan. Ini termasuk 15 kontraktor, sub kontraktor dan pekerja.

“Sebanyak 118 percakapan saksi telah dirakam membabitkan pelbagai pihak, termasuk satu laporan polis yang menyatakan ada orang bermain mercun pada malam 31 Mac lalu,” tambah Datuk Hussein Omar Khan lagi.

Jangan buat spekulasi

Sebelum ini pihak polis memberikan amaran agar netizen tidak membuat sebarang spekulasi di media sosial berkaitan dengan tragedi tersebut sehingga boleh menimbulkan ketegangan awam.

Pihak polis dan SKMM turut memantau aktiviti di media sosial untuk mengekang berita tidak betul berkaitan dengan perkara tersebut.

Timbalan Menteri Nasihat Masyarakat Jangan Buat Spekulasi Yang Boleh Cetuskan Ketegangan