Setiap orang mempunyai adiwira kesukaan mereka dan ini adalah satu berita yang bakal membuatkan peminat karakter adiwira Batman teruja. Pos Malaysia Berhad dikhabarkan akan hadir dengan koleksi setem Batman edisi terhad bersempena dengan ulang tahun ke-80 karakter itu.
Wow! Bagi anda yang pengumpul koleksi setem daripada Pos Malaysia Berhad pasti juga tidak akan melepaskan peluang untuk mendapatkan koleksi yang cukup awesome ini. Terbaharu, Pos Malaysia Berhad berkongsi rekaan salah satu setem daripada koleksi tersebut.
Wow, thanks for the RTs! As promised, here’s one of our 11 limited-edition Batman 80th Anniversary stamps!
The winner will be announced tomorrow. Stay tuned! #Batman80 #PosMalaysia #Pos4you #DC pic.twitter.com/yWzxicM17t
— Pos Malaysia Berhad (@posmalaysia) November 11, 2019
Difahamkan, terdapat 11 setem yang akan diperkenalkan dalam koleksi edisi terhad kali ini. Malangnya, harga untuk koleksi setem ini masih belum diketahui.
Adakah anda akan menjadi yang terawal memiliki setem-setem ini? Sama-sama kita nantikan koleksi ini dilancarkan.
Di bawah ini kami kongsikan beberapa koleksi yang pernah dikeluarkan oleh Pos Malaysia Berhad sebelum ini.
Pos Malaysia Lancarkan Setem Sempena Bulan Kelahiran Tun Mahathir