Bagaimana nak jadikan powerbank terbaik lebih baik dari sekarang? Jadikan ia senipis yang mungkin! Nampaknya Xiaomi bakal mengukuhkan lagi jajahan mereka di Malaysia, mereka baru sahaja menyenaraikan variasi baru Mi Power Bank dengan kapasiti pengecasan sebanyak 5000mAh di halaman rasmi.

Powerbank ternipis ini hanya setebal 9.9mm dan seberat 156 gram. Xiaomi mengatakan model ini amatlah nipis, anda boleh menyimpan ia dalam poket seluar dengan mudah. Dengan kapasiti 5,000mAh, Mi Power Bank mampu mengecas telefon pintar sebanyak dua pengecasan.

Setiap unit akan dijual pada harga RM 34 sahaja. Untuk maklumat lebih lanjut mengenai powerbank ternipis ini, layari laman rasmi Mi Malaysia.

150211-xiaomi-5000mah-slim-powerbank-1

150211-xiaomi-5000mah-slim-powerbank-2

150211-xiaomi-5000mah-slim-powerbank-3

150211-xiaomi-5000mah-slim-powerbank-4