Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menyatakan pihaknya menerima banyak aduan mengenai penipuan tapak bazar Ramadan sepanjang seminggu Ramadan ini.

Memetik Berita Harian, Setiausaha Kerja PPIM, Zharif Johor berkata, pihaknya menerima banyak aduan berkaitan manipulasi di bazar Ramadan termasuk sewaan tapak serta harga makanan yang mahal.

Baca Juga:

Aduan itu berhubung membabitkan hak milik tapak yang dipindahkan kepada pihak ketiga tanpa kebenaran sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan peniaga.

“Ini akan menjadikan persaingan secara tak sihat serta mengambil hak orang lain juga. Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), disarankan untuk menyenarai hitam mana-mana peniaga dan pihak ketiga yang menyewa tapak bazar secara tidak sah,” katanya.

Menurutnya lagi, PBT perlu mengambil tindakan yang serius tanpa menggunakan khidmat guaman kerana kes tersebut tidak akan selesai dan penipu dapat melepaskan diri daripada tindakan.

“Isu ini akan terus berlanjutan jika kes ini hanya melalui proses mahkamah sahaja dan tiada pihak yang menyenarai hitam pengarah dan syarikat penipuan ini.

“Mereka membuka fail mahkamah dan mereka membayar kos guaman. Selepas selesai kes mereka akan terus ulang buat penipuan yang sama,” katanya.

Difahamkan hal ini berlaku kerana kesan peniaga tidak mendapat tapak niaga dan mengharapkan sewa tapak dari pihak ketiga.

Sumber