Laman e-dagang Lazada kini bukan sahaja menjadi tempat sehenti untuk orang ramai mendapatkan barangan keperluan tetapi ianya juga boleh menjadi platform untuk anda menyampaikan bantuan.
Ya, anda kini boleh menghulurkan bantuan kepada organisasi seperti yang dilakukan Pusat Perubatan Universiti Malaya yang kini mengumpul sumbangan orang ramai melalui platform e-dagang tersebut.
Perkara itu mula menjadi perbincangan dalam kalangan netizen sejak semalam sebelum ianya disahkan sendiri oleh pihak PPUM seperti dilaporkan Bernama hari ini.
PPUM is on Lazada, asking for COVID-19 donations for the hospital equipments. Chip in start from RM50 to RM500 thru Lazada apps. Not much detail provided, click link to the seller’s profile and products. https://t.co/wzBdwg6iDo
DON’T ASK IF THIS LEGIT or not. pic.twitter.com/6OCQnvANOb
— cɦεтσɱ sɦɛℓɓყ🕊 (@zt000tz) January 31, 2021
“Lazada Malaysia telah menyediakan platform untuk melaksanakan program memacu sumbangan dan memilih pelbagai organisasi termasuk PPUM sebagai antara organisasi yang akan menerima sumbangan tersebut.
“Sumbangan ini adalah bagi kegunaan pihak PPUM untuk mengurus dan menangani pandemik Covid-19. Pihak PPUM amat berterima kasih dan menghargai sumbangan dan sokongan semua pihak,” menurut kenyataan yang dilaporkan Bernama.
Antara jenis bantuan yang disenaraikan hospital tersebut adalah peralatan perubatan dan juga sut PPE untuk kegunaan kakitangan hospital berkenaan.
Menerusi semakan yang dibuat, orang ramai boleh memilih kadar bantuan yang diberikan kepada hospital berkenaan bermula daripada RM50 sehingga RM300.
Baca juga perkembangan semasa COVID-19 dalam negara yang pernah kami kongsikan sebelum ini melalui pautan di bawah.
‘Masih Jauh Dari Berpenghujung’- Dr Noor Hisham Kenang Setahun Melawan COVID-19
Ada Gerakan Penindasan Ke Atas ‘Frontliner’ Di Perak, Dilarang Masuk Ke Kedai Untuk Beli Barang
‘Takut Dijangkiti COVID-19’- #SuaraPelajar Trending Di Twitter Papar Luahan Kebimbangan Pelajar