Ligue 1 kini dalam fasa perancangan untuk menjenamakan semula liga itu agar mirip Liga Perdana Inggeris atau Premier League versi Perancis.
Kami akan menjelaskan secara ringkas tentang apa yang mahu dilakukan oleh FFF dalam usaha mereka merevolusikan Liga Perancis agar lebih kompetitif, lebih seimbang dan lebih komersial.
Premier League versi Perancis
FA Perancis atau FFF membentangkan rangka kerja untuk projek yang digelar revolusi kepada Liga Perancis daripada model sedia ada.
Ini bermaksud, Liga Perancis selepas ini akan dikawal selia oleh FFP dan juga memberikan kuasa lebih besar kepada syarikat penaja untuk menguasai liga tersebut.
Misi menyelamatkan Liga Perancis
Projek ini dianggap perlu untuk menyelamatkan Ligue 1 yang sedang tenat ketika ini. Dan ianya memberikan impak kepada bola sepak Perancis secara keseluruhan.
FFF ketika ini mahu memastikan bahawa PSG ada tidak terlalu dominan dalam liga mereka sejak 9 atau 10 tahun kebelakangan ini.
¿CAMBIO DE FORMATO EN LIGUE 1? 💣🇫🇷
👀‼️ L'Equipe reporta que la FFF se plantea añadir un formato de playoffs a su liga, similar al de la Liga MX y MLS, para "revitalizar el fútbol profesional francés".
🏆💤 La federación busca herramientas para eliminar la hegemonía del PSG… pic.twitter.com/kRgH6ueVSQ
— Olé USA 🇺🇸 MEX 🇲🇽 (@DiarioOleUSA) May 13, 2025
Ligue 1 juga sedang mempertimbangkan sistem play off dalam liga mereka. Sama ada untuk menentukan pasukan yang mara ke Ligue 1 atau sebaliknya.
PSG terlalu kaya
Masalah terbesar yang dihadapi kelab kelab lain di Ligue 1 adalah, jurang ekonomi mereka terlalu jauh berbanding dengan PSG yang dimiliki konsortium Qatar.
Kaya bukannya satu masalah untuk PSG. Tetapi ia akan menjadi masalah apabila PSG tidak dikawal dalam perbelanjaan mereka sehinggakan pasukan lain terlalu jauh jurang perbezaan dengan mereka.
Beberapa kelab lain di Perancis mulai berdepan dengan masalah kewangan dan kekangan untuk membina skuad mereka agar dapat bersaing dengan PSG.
Jadi FFF mahu mencari cara agar, kesemua kelab di Ligue 1 meraih pendapatan yang tinggi dari segi hak penyiaran terutamanya.
“Krisis semasa adalah serius dan bersifat struktural,” kata Presiden FFF, Phillippe Diallo, ketika membentangkan pelan tersebut dalam satu sidang media.
Di mana beliau menjelaskan bahawa ia bertujuan untuk mewujudkan “sebuah Liga Perdana Inggeris gaya Perancis atau Premier League versi Perancis.”
FFF lebih berkuasa selepas ini
Idea utama adalah untuk menubuhkan sebuah syarikat komersial bagi kelab-kelab yang akan berhubung terus dengan FFF, dengan dana pelaburan CVC memegang 13% saham.
Di Premier League, pasukan kaya raya seperti Man City, Chelsea atau Man United, mereka masih tidak boleh berbelanja sesuka hati dengan kekuatan sumber kewangan mereka ada.
Ini kerana pemilik kelab tidak boleh sewenang wenang menyuntik dana ke dalam akaun kelab tanpa pengesahan daripada Premier League.

Perbezaan utama dengan Liga Perdana Inggeris ialah “Persekutuan akan memiliki saham utama, yang membolehkan ia menjadi penjamin kepada kepentingan umum,” jelas Diallo.
Pengurusan akan dikawal oleh lembaga pengarah, yang akan diketuai oleh seorang Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), dan pelantikannya akan bergantung kepada keputusan pasukan-pasukan.
Pelbagai kumpulan yang terlibat dalam bola sepak, seperti pemain, jurulatih dan pengadil, akan turut serta melalui lembaga penyeliaan liga ini kelak.
Diallo menjelaskan bahawa dengan cara ini, FFF akan dapat mengawal semula kewangan pasukan-pasukan, termasuk juga kawalan terhadap eksploitasi komersial liga dan suruhanjaya tatatertib.
Perlaksanaan Financial Fair Play
Sehubungan itu, beliau memaklumkan bahawa, buat masa ini, FFF bersama-sama dengan LFP, beliau akan mencadangkan pelaksanaan ‘financial fair play’ dalam Liga Perancis bagi memastikan kawalan terhadap jumlah gaji kelab.
Langkah itu, bersama langkah-langkah lain yang sedang dikaji, “akan membolehkan keseimbangan kewangan dapat dicapai semula” oleh pasukan-pasukan.
Ini kerana jurang ekonomi antara PSG dengan kelab kelab lain terlalu besar dan membuatkan liga menjadi tidak kompetitif. Ianya memberikan kesan kepada nilai komersial Liga Perancis.
Siapa yang nak tengok liga yang sudah tahu siapa akan jadi juara pada akhir musim?
Sebelum ini Ligue 1 berdepan masalah mencari penyiar rasmi liga tersebut. Kerana nilai komersial liga semakin menurun. Ini diburukkan lagi dengan pemergian bintang seperti Neymar, Lionel Messi dan Kylian Mbappe dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Diallo turut menyatakan bahawa beliau akan “segera” membuka rundingan mengenai agihan hak penyiaran televisyen, memandangkan “banyak” kelab kini “menghadapi masalah kewangan”.
Namun cadangan ini masih perlu dibentangkan kepada kerajaan untuk dibahaskan di dewan parlimen Perancis, selepas semua pasukan setuju untuk perubahan tersebut.