Nampaknya Malaysia menjadi benchmark baru buat Republik Indonesia dalam memastikan rakyatnya juga mampu melakukan ibadah haji dengan kos yang lebih murah selepas ini.
Memetik CNBC Indonesia, Presiden Prabowo Subianto menjelaskan bahawa kerajaan sedang berusaha keras untuk menurunkan kos haji. Beliau berkata ramai masyarakat yang telah menabung dan menunggu lama untuk menunaikan ibadah ini.
Perkara ini dinyatakan ketika Perasmian Terminal Khas Haji dan Umrah 2F Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta, pada hari Ahad (4 Mei 2025).
“Saya akan berusaha sedaya upaya untuk memberikan perkhidmatan terbaik, dan kita juga berjuang untuk menurunkan kos haji serendah yang kita mampu,” kata Prabowo.
“Jadi saya minta Menteri Agama, Ketua Badan Haji, dan tentunya penasihat khas presiden bidang haji untuk berkoordinasi sebaik mungkin, duduk bersama dan mencari penyelesaian untuk mengurangkan kos haji,” tambahnya.
Tidak hanya itu, Prabowo juga meminta kepada syarikat penerbangan Garuda Indonesia untuk menjadi lebih efisien. Hal ini sekaligus dapat menurunkan lagi kos haji yang sedia ada ke tahap yang lebih mampu milik buat rakyat tempatan.
“Kecekapan boleh menurunkan kos, dan itulah yang perlu kita capai sekarang. Alhamdulillah (kita) dapat menurunkan kos haji sebanyak RM1,200 yang telah dirasai oleh jemaah haji tahun ini seramai 203,000 (orang),” katanya.
Beliau juga berharap agar kos haji Indonesia dapat menjadi lebih murah berbanding penganjuran dari Malaysia.
“Tetapi (pengurangan) RM1,200 itu saya minta dikurangkan lagi kerana saya belum berpuas hati, kita mesti mencapai yang termurah yang mampu kita lakukan. Kalau boleh, lebih murah daripada Malaysia,” kata Prabowo.
Dalam kesempatan itu, beliau juga menyatakan bahawa jumlah jemaah haji dan umrah di Indonesia boleh menjadi antara yang terbesar di dunia. Di mana terdapat lebih 2.2 juta jemaah yang diterbangkan ke tanah suci, dengan puncak jemaah per hari mencapai 12 ribu orang.
“Ini adalah sesuatu yang sangat besar, mungkin kita yang terbesar di dunia dari kalangan seluruh umat Islam, mungkin di Indonesia rombongan haji dan umrah yang paling besar,” kata Prabowo.
@kumparan Presiden Prabowo Subianto meminta biaya haji Indonesia turun lagi, bahkan seharusnya lebih murah dari Malaysia. Berdasarkan Keputusan Presiden (Keppres) RI Nomor 6 Tahun 2025 tentang Biaya Penyelenggaraan Ibadah Haji (BPIH) 1446H /2025M, BPIH 2025 rata-rata sebesar Rp 89.410.258,79. Sementara, Bipih (Biaya Perjalanan Ibadah Haji) yang harus dibayar jemaah pada tahun 2025 rata-rata Rp 55.431.750,78. Untuk membayar selisih antara Bipih dan BPIH itu, pemerintah mengeluarkan nilai manfaat sebesar Rp 6.831.820.756.658,34. Dana haji dan nilai manfaat itu dikelola oleh Badan Pengelola Keuangan Haji (BPKH). 📸: Dok. YouTube Sekretariat Presiden. Follow WhatsApp Channel kumparan untuk dapat Informasi terpercaya dikirim langsung ke WhatsApp kamu. Ketik kum.pr/WAchannel di browser kamu sekarang, agar bisa share informasi tanpa ragu. #bisnisupdate #update #bisnis #svt #haji2025 #biayahaji #prabowosubianto #bpkh #jamaahhaji #info #infoterkini #berita #beritaterkini #bicarafaktalewatberita kumparan
Oleh itu, kerajaan mereka ingin memberikan perkhidmatan terbaik kepada jemaah terutamanya ramai jemaah yang kini sudah lanjut usia.