Presiden kelab gergasi Perancis, Paris Saint-Germain (PSG) iaitu Nasser Al-Khelaifi mengucapkan tahniah kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) di atas kejayaan memenangi trofi Liga Super buat kali ke-11 berturut-turut.
Perkara ini dikongsikan oleh pihak kelab menerusi laman media sosial rasmi pasukan dimana ucapan itu disampaikan kepada Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail.
Baca Juga:
- RASMI: Luis Garcia Dilantik CEO JDT
- Tunku Ismail Dedah Mengapa JDT Berpisah Dengan Esteban Solari
- TMJ Sedia Berbelanja Untuk Perkuat JDT
Ucapan Tahniah Dari Presiden PSG

“Saya mahu mengucapkan tahniah kepada anda dan semua individu di Johor Darul Ta’zim (JDT) atas kejayaan bersejarah menjuarai Liga Super Malaysia buat kali ke-11.
“Ia amat menakjubkan apabila Johor memenangi 16 trofi musim ini, dari pasukan junior hingga skuad utama, sekaligus menunjukkan komitmen pembangunan jangka panjang anda dalam bola sepak.
“Seperti biasa, saya sentiasa bersedia untuk membantu. Saya ucapkan selamat maju jaya buat anda dan JDT untuk final Piala Malaysia akan datang,” kata Al-Khelaifi.

Sebelum ini, Tunku Mahkota Ismail menyaksikan perlawanan suku akhir Liga Juara-Juara UEFA antara Paris Saint-Germain dan Aston Villa di Parc des Princes sebagai tetamu khas kepada Nasser Al-Khelaifi.
Turut mengiringi Baginda adalah Tim Cahill, Penasihat Khas kepada DYAM Pemangku Sultan Johor, Sonny Bill Williams, Duta Sukan Johor, Luis Garcia, Ketua Pegawai Eksekutif Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Kiko Insa, Pengarah Sukan JDT.