Sejak beberapa tahun yang lalu, kita telah didedahkan dengan sebuah teknologi baru iaitu Printer 3D yang mana dikatakan mampu menghasilkan apa sahaja, dari sebutir nat kecil hinggalah ke sebuah rumah yang besar. Untuk teknologi ini benar-benar matang mungkin mengambil masa yang agak lama, tapi ini tidak menghalang perekacipta pinter 3D untuk mencuba sesuatu yang baru.
Hasilkan sesuatu dari fantasi ke realiti
Pada awalnya, teknologi Printer 3D hanya digunakan oleh produser filem, mereka mampu menghasilkan model-model seperti senjata pada harga yang lebih murah dan cepat.
Senjata yang mampu melepaskan tembakan peluru hidup
The Liberator adalah sebuah senjata yang dihasilkan sepenuhnya daripada plastik dengan menggunakan computer-aided design (CAD). Hanya berbekalkan sebuah printer dan bahan yang tertentu, sesiapa sahaja boleh menghasilkan senjata.
Aksesori senjata
Untuk senjata yang lebih besar, anda boleh programkan (CAD) untuk hasilkan aksesori tambahan seperti gambar di bawah.
Hasilkan alatan muzik ikut cita-rasa sendiri
Teruja dengan guitar baru artis kegemaran anda? Hanya dengan menghantar gambar salinan ke salah satu pereka printer 3D, anda boleh miliki gitar baru dengan mudah dan cepat.
Cara baru melihat kandungan anak
Sebuah syarikat di Jepun Fasotec telah mula menggunakan CADs untuk mencipta model 3D janin pelanggan mereka.
Rujukan : AllDay