Jika anda sedang bercadang untuk mendapatkan model terbaru iPhone serta menantikan harganya rendah sedikit, inilah masanya. Ya, model yang kami maksudkan adalah iPhone 8 dan 8 Plus yang baru sahaja dijual secara rasmi untuk pasaran Malaysia pada 2 minggu yang lalu.
Melalui promosi terbaru daripada Lazada, pengguna boleh mendapatkan Apple iPhone 8 64 GB dengan harga serendah RM3,299. Begitu juga dengan model Apple iPhone 8 Plus yang ditawarkan dengan harga diskaun sehingga RM450. Buat anda yang baru sahaja membeli Apple iPhone 8, anda mungkin menyesal dengan promosi terbaru Apple ini.

Untuk pengetahuan anda, promosi yang dijalankan pada masa terhad ini hanya boleh didapati di Lazada dan cuma ditawarkan buat model iPhone 8 64 GB dan iPhone 8 Plus 64 GB sahaja. Pembelian model ini di outlet rasmi Apple masih lagi ditawarkan pada harga asal.
Berikut merupakan pautan pembelian Apple iPhone 8 dan iPhone 8 Plus beserta harga bagi setiap model dengan harga promosi Lazada:

Apple iPhone 8 64 GB: (Sebelum: RM3,699), (Selepas: RM3,299)
Apple iPhone 8 Plus 64 GB: (Sebelum: 4,149), (Selepas: RM3,699)
Sememangnya masa yang sangat sesuai untuk anda mendapatkan model terbaru iPhone dengan harga yang rendah memandangkan tawaran seperti ini tidak selalu dilakukan.