Digital Nasional Berhad (DNB) baru sahaja memberikan kenyataan bahawa proses penganugerahan tender melibatkan pelaksanaan 5G di Malaysia telah dilakukan secara telus.
Di samping itu, syarikat DNB juga bersedia berkerjasama dengan kerajaan dan terlibat dalam semakan semula perkara yang berkait. DNB berkata sedemikian selepas Perdana Menteri mengarahkan untuk meneliti semula kontrak DNB.
Baca Juga:
- Ericsson Dan DNB Berjaya Catat Rekod Dunia Dengan Kelajuan 5G Mencapai 1Gbps Dari Jarak Jauh
- Liputan Servis 5G Sudah Mulai Ditawarkan Di Negeri Perlis

Hal ini kerana beliau khuatir akan proses penganugerahan tender tersebut tidak dilakukan dengan telus menerusi saluran yang sepatutnya.
Pihak DNB turut mendedahkan bahawa proses tender 5G diuruskan oleh firma Ernst & Young Consulting Sdn. Bhd. Dalam pada itu, syarikat DNB berharap semakan semula yang dijalankan kelak dapat menjernihkan semula keadaan.
Sebaik selesai kemelut tersebut, ia bakal memberi laluan untuk 5G dilaksanakan sepenuhnya. DNB sangat optimis dalam memastikan liputan dan rangkaian 5G boleh dimanfaatkan oleh negara ini.